fbpx
Now Reading
Tesla Batal Hasrat Buka Kilang Kereta EV Di Asia Tenggara, Termasuk Malaysia – Media Antarabangsa

Tesla Batal Hasrat Buka Kilang Kereta EV Di Asia Tenggara, Termasuk Malaysia – Media Antarabangsa

Tan Sri Annuar Musa menerusi satu hantaran di akaun Facebook miliknya semalam (7 Ogos) turut meminta kerajaan memberi penjelasan berhubung dakwaan itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tesla Inc (Tesla) dilaporkan membatalkan rancangannya untuk membuka kemudahan pembuatan kereta elektrik (EV) di Asia Tenggara, termasuk Malaysia, Thailand dan Indonesia.

Menurut Harian Metro memetik The Nation, perkara itu diketahui berdasarkan sumber daripada kerajaan Thailand.

Difahamkan, syarikat itu sebaliknya hanya akan memberi tumpuan kepada pengukuhan ekosistem stesen pengecasan.

Tesla nak labur lebih RM22 bilion untuk buka kilang, pilih Thailand sebagai lokasi

Tesla sebelum ini bersedia untuk melabur AS$5 bilion (kira-kira RM22 bilion) untuk hab pembuatan Asia Tenggara dan memilih Thailand sebagai lokasi pilihan.

Pada masa sama, Malaysia dan Indonesia juga menawarkan peluang untuk Tesla membuka kemudahan pengeluaran mereka di negara masing-masing.

“Tesla pada masa ini hanya membincangkan stesen pengecasan, dengan rancangan kilang itu digantung bukan sahaja di Thailand tetapi di seluruh dunia.

“Mereka tidak meneruskan di Malaysia, Indonesia atau di mana sahaja kecuali di China, Amerika dan Jerman,” kata sumber kepada The Nation.

Dakwaan Tesla tak jadi buka kilang di Malaysia, Annuar Musa minta kerajaan beri penjelasan

Dalam pada itu, Presiden Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa menerusi satu hantaran di akaun Facebook miliknya semalam (7 Ogos) meminta kerajaan memberi penjelasan berhubung dakwaan terbabit.

“Baru beberapa bulan lepas, Perdana Menteri umumkan Tesla nak buka kilang besar EV (kenderaan elektrik) di Malaysia, dengan puluhan ribu peluang kerja untuk rakyat.

“Tiba-tiba hari ini keluar berita Tesla batalkan rancangan melabur di Malaysia tetapi akan melabur di China.

“Mungkin ada penjelasan daripada kerajaan,” katanya

Sebelum ini, sekitar bulan November 2023, Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin mengumumkan bahawa Tesla bersedia untuk menjadikan negara gajah putih itu sebagai hab pembuatan EV.

Pengumuman itu dibuat selepas beliau mengadakan beberapa pertemuan dengan kempimpinan eksekutif Tesla di Amerika Syarika (AS) dan Thailand.

Tesla bubar pasukan eksekutif, batal hasrat melabur di Asia Tenggara

Pun begitu, Tesla kini telah membatalkan rancangan pelaburannya di Thailand selepas membubarkan pasukan eksekutifnya.

Keputusan itu merupakan sebahagian daripada pembatalan pelaburan Tesla di seluruh Asia dan negara lain.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.