fbpx

Tak Mampu Bersaing Dengan EV China Punca Tesla Batal Rancangan – Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim menjelaskan keputusan Tesla itu tidak menjejaskan Malaysia kerana mereka sebelum ini hanya membincangkan usaha untuk meningkatkan pelaburan sahaja.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada hari ini (9 Ogos) mendedahkan tentang punca syarikat kereta elektrik (EV) jenama Tesla membatalkan pembukaan kilat pembuatan di Asia Tenggara.

Memetik laporan Berita Harian, Tesla kini sedang menilai semula rancangan untuk mengembangkan jenama berkenaan selepas dikatakan tidak mampu bersaing dengan EV dari China.

Anwar mendedahkan kegagalan dalam persaingan dan faktor kerugian besar yang sedang dialami sekaligus menyumbang kepada punca pembatalan rancangan untuk membuka hab pembuatan kereta di Thailand.


Malaysia Tidak Terjejas Dengan Pembatalan Tersebut

Jelas Anwar lagi, keputusan Tesla itu tidak menjejaskan Malaysia kerana perbincangan bersama Elon Musk secara atas talian pada Julai tahun lalu hanya melibatkan perancangan untuk meningkatkan pelaburan sahaja.

“Tengku Zafrul (Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri) telah mendapat maklumat terkini (mengenai Tesla), kerana mereka telah mengalami kerugian (disebabkan) tidak dapat bersaing dgn EV dari China.

“Jadi operasi mereka di Thailand besar, kita baru nak mula. Jadi itu penerangan langsung dari Tesla,” kata Anwar.

Sumber: Facebook Tesla

MITI Jelaskan Tesla Tidak Pernah Umum Mahu Buka Kilang Di Malaysia

Menerusi ciapan dimuat naik oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di laman X miliknya (@tzafrul_aziz), beliau memaklumkan Tesla tidak pernah membuat pengumuman mahu membuka kilang di Malaysia.

Katanya lagi, perbincangan mereka sebelum ini hanya melibatkan usaha untuk menarik pelaburan tanpa melibatkan komitmen Tesla dalam membina hab kilang pembuatan EV di negara ini.

Tengku Zafrul juga berpendapat bahawa laporan berita dari media Thailand yang mendakwa syarikat EV itu membatalkan rancangan membuka kilang di Asia Tenggara adalah tidak sahih kerana tidak dikeluarkan secara rasmi oleh Tesla.

Sumber: Facebook Tesla

“Pertamanya, laporan (berita asing) tersebut bukanlah kenyataan rasmi Tesla, sebaliknya hanya memetik sumber yang anonymous ataupun tak bernama. Jadi, bila ditanya, jawapan saya (sebelum ini) ialah wartawan perlu semak kesahihan berita ini dengan Tesla, kerana sumber berita ini bukanlah Tesla.

“Kedua, MITI pun tak pernah buat pengumuman Tesla akan buka kilangnya di Malaysia. Memang kita adakan perbincangan dengan Elon Musk dalam usaha menarik pelaburan, tetapi Tesla tidak pernah membuat komitmen untuk membuka kilang di sini,” katanya.


Laporan Media Dakwa Tesla Batal Hasrat Buka Kilang Di Seluruh Dunia Kecuali Di Tiga Negara

Menurut laporan media Thailand The Nation, negara itu pada awalnya telah dipilih oleh Tesla sebagai hab pembuatan kereta mereka di rantau ini selepas Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin mengadakan pertemuan dengan kepimpinan eksekutif Tesla.

Keputusan syarikat berkenaan yang sudah bersedia untuk melabur sebanyak RM22.4 bilion (AS$5 bilion) kini bertukar sebaliknya selepas mereka didakwa membubarkan pasukan eksekutif di sana dan hanya akan memberi tumpuan bagi mengukuhkan ekosistem stesen pengecasan.

Sumber: Facebook Tesla

Tesla yang sebelum ini mahu membina kilang pembuatan di Thailand turut menawar peluang sama kepada Malaysia serta Indonesia bagi membuka lebih banyak kemudahan pengeluaran jenama berkenaan.

Difahamkan, rancangan untuk meluaskan lagi pembukaan kilang kenderaan EV milik mereka tidak diteruskan di seluruh dunia kecuali Amerika Syarikat, Jerman dan China.

Baca Artikel Berkaitan: Tesla Batal Hasrat Bina Kilang EV Di Asia, Malaysia Turut Terlibat – Media Luar Negara

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.