Hannah Yeoh Berazam Mahu Tempatkan Individu Yang Tepat Di Jawatan Yang Sesuai
Menteri Belia dan Sukan itu menjelaskan beliau telah melantik ramai bekas atlet utama kerana percaya mereka memahami keperluan atlet.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Pemilihan individu yang tepat sebagai pemimpin memainkan peranan penting dalam memastikan kejayaan sebuah organisasi.
Ini kerana ia bagi memastikan pengurusan sebuah organisasi itu dapat dikendali dan diuruskan oleh orang yang berpengalaman dan berkebolehan.
Mahu Perkemas Struktur Badan Sukan Malaysia
Terbaharu, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh menyuarakan hasratnya untuk meletakkan orang yang sesuai di jawatan yang betul sebelum menamatkan perkhidmatannya sebagai Menteri Belia dan Sukan.
Perkara itu disuarakan Hannah menerusi satu hantaran di Facebook rasmi miliknya pada hari ini (12 Ogos).
Walau bagaimanapun, Hannah menjelaskan terdapat pelbagai jenis jawatan dalam badan sukan; ada yang dipilih oleh ahli badan tersebut dan ada yang dilantik sendiri oleh beliau di dalam kapasitinya sebagai menteri.
“Salah satu perkara utama yang ingin saya capai sebelum tamat tempoh perkhidmatan saya sebagai Menteri Belia dan Sukan adalah untuk menempatkan individu yang tepat di posisi yang sesuai.
“Terdapat pelbagai jenis jawatan dalam badan sukan, dipilih oleh ahli mereka sendiri (contohnya, Majlis Olimpik Malaysia [MOM] atau Persatuan Bola Sepak Malaysia [FAM]).
“Dilantik oleh saya sebagai Menteri (contohnya, bekas atlet sebagai ahli lembaga dalam agensi-agensi di bawah KBS Malaysia).
“Bagi mereka yang dipilih oleh ahli badan sukan melalui proses pemilihan sendiri, saya tidak mempunyai kuasa untuk menukar atau menggugurkan mereka.
“Ia dilakukan melalui proses demokratik dan kita harus menghormati proses tersebut. Saya hanya boleh menukar atau menggugurkan mereka yang saya lantik,” tulis Hannah.
Dah Lantik Ramai Bekas Atlet
Hannah yang juga merupakan Ahli Parlimen Segambut turut mendedahkan dalam tempoh singkat menjadi menteri, beliau telah melantik ramai bekas atlet untuk membantunya.
Ini kerana beliau berpendapat bekas atlet lebih memahami sukan dan keperluan atlet yang lain.
“Dalam Jawatankuasa Road To Gold, saya mempunyai tiga bekas atlet utama untuk membantu saya – Lee Chong Wei, Nicol David, dan Mirnawan Nawawi.
“Di Majlis Sukan Negara Malaysia, saya mempunyai Olympian Suriaghandi Suppiah dan Lee Chong Wei untuk membantu saya.
“Di Institut Sukan Negara Malaysia, saya mempunyai Datuk Marina Chin dan Nicol David untuk membantu saya.
“Di YAKEB, saya mempunyai Farah Ann, Jeffrey Ong, dan Soo Beng Kiang untuk membantu saya. Dalam Jawatankuasa Safe Sports, saya melantik Nurul Huda sebagai pengerusinya.
“Selain itu, saya juga mempunyai Pentadbir Sukan seperti Datuk Seri Windsor John dari Konfederasi Bola Sepak Asia (Perbadanan Stadium Malaysia) dan Datuk Stuart Ramalingam (Penyelaras RTG).
Turut Memuji Peranan Nicol David
Pada masa yang sama, Hannah turut memuji Nicol yang berperanan sebagai Timbalan Chef de Mission pada Sukan Olimpik 2024 di Paris yang disifatkan telah menjalankan tugas dengan cemerlang dan menyokong atlet negara.
“Harapan saya adalah agar beliau terus membantu saya dalam membangunkan negara melalui pembangunan sukan.
“Saya ingin usaha saya memperkasakan bekas atlet untuk membantu atlet semasa dan masa depan dilihat sebagai salah satu legasi saya kerana mereka memahami keperluan dan kehendak mereka. Nantikan perkembangan selanjutnya,” tulisnya lagi.
Salah satu perkara utama yang ingin saya capai sebelum tamat tempoh perkhidmatan saya sebagai Menteri Belia dan Sukan…
Posted by Hannah Yeoh on Sunday 11 August 2024
Baca Artikel Berkaitan: “Perlu Iktiraf Lawan Dengan Hormat” – Ini Respon Hannah Yeoh Selepas Dikritik Bergambar Dengan Kunlavut
Baca Artikel Berkaitan: “Zaman KJ, Itu Style KJ” – Hannah Yeoh Ulas Isu Kritikan Baju Kontinjen Malaysia Ke Olimpik 2024