fbpx
Now Reading
Polis Sahkan Mayat Ditemui Tanpa Kepala Adalah Cikgu Istiqomah Yang Hilang Sejak 8 Bulan Lalu

Polis Sahkan Mayat Ditemui Tanpa Kepala Adalah Cikgu Istiqomah Yang Hilang Sejak 8 Bulan Lalu

Menurut Ketua Polis Daerah Alor Gajah, pengesahan itu dibuah selepas hasil ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dilakukan mendapati ia sepadan dengan cikgu Istiqomah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada 26 Disember 2023, seorang guru wanita yang dikenali sebagai Istiqomah Ahmad Rozi, 33, dilaporkan hilang di sekitar Pasir Gudang, Johor.

Kehilangan guru Sekolah Kebangsaan Kota Masai 3 itu mula tular di media sosial setelah dia dikatakan tidak pulang ke rumah selepas keluar bekerja pada hari berkenaan.

Kereta serta kunci kenderaan yang dinaiki wanita berkenaan juga ditemui di sekitar Pasaraya Lotus Kota Masai pada jam 2 petang keesokan harinya (27 Disember) selepas laporan polis dibuat.

Mayat ditemui tanpa kepala pada 31 Disember lalu sah adalah Istiqomah

Terbaharu, setelah lapan bulan dia dilaporkan hilang, pihak polis mengesahkan mayat tidak lengkap yang ditemui di Melaka pada 31 Disember 2023 dikenal pasti sebagai Istiqomah.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, pengesahan itu dibuah selepas hasil ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dilakukan mendapati ia sepadan dengan mangsa.

Sepasang suami isteri ditahan polis

Menurutnya, hasil risikan Bahagian Siasatan Khas (D9) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Melaka dengan kerjasama JSJ Johor serta Bahagian Siasatan Jenayah Polis Alor Gajah telah membawa kepada penahanan sepasang suami isteri berusia 36 dan 37 tahun.

“Pasangan yang ditahan di Chemor, Perak telah dibenarkan reman selama tujuh hari bermula 6 Ogos lalu dan polis akan mohon sambung reman hari ini terhadap suspek lelaki yang ditahan.

“Siasatan terhadap kedua-dua suspek membawa penemuan sebahagian anggota badan termasuk tulang jari dan bahagian kepala tidak jauh dari lokasi penemuan anggota badan dalam jarak kira-kira lima hingga enam kilometer (KM) dari tempat pertama mayat mangsa ditemukan,” katanya dalam kenyataan hari ini (12 Ogos) dipetik Berita Harian.

Istiqomah dipercayai kenal suspek lelaki, terbabit dalam urusan pelaburan

Menurutnya lagi, guru yang mempunyai tiga anak itu dipercayai mengenali suspek lelaki dan terbabit dalam urusan pelaburan, manakala isterinya tidak mengenali mangsa.

“Kedua-dua individu yang ditahan telah dibenarkan reman selama tujuh hari bermula 6 Ogos lalu dan pihak polis akan mohon sambung reman hari ini terhadap suspek lelaki yang ditahan,” katanya lagi.

Berkongsi lanjut, Ashari berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat untuk menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah di talian 06-5562222.

Rakan dedah, Allahyarham Istiqomah miliki keperibadian yang baik, disenangi ramai

Sementara itu, beberapa perkongsian daripada sahabat Allahyarham mendedahkan bahawa Istiqomah cukup dikenali sebagai insan yang memiliki keperibadian yang baik dan disenangi ramai.

Memetik Harian Metro, rakan-rakannya itu turut menzahirkan rasa hiba dan menyampaikan ucapan takziah kepada ahli keluarganya.

Menerusi perkongsian seorang guru pula, dia mengharapkan nasib menimpa mangsa akan mendapat pembelaan sewajarnya.

Terdahulu, mayat seorang wanita tanpa kepala, kedua-dua tangan dan kaki telah ditemui di dalam tong sampah di longkang tepi jalan Alor-Gajah-Tampin pada jam 2 petang, 31 Disember lalu.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.