fbpx
Now Reading
Kes Bunuh Cikgu Istiqomah: Isteri Beri Pinjaman Wang Kepada Suspek RM19,400 – Suami

Kes Bunuh Cikgu Istiqomah: Isteri Beri Pinjaman Wang Kepada Suspek RM19,400 – Suami

Jelas Yusoff, gelang emas bernilai RM40,000 pemberian arwah neneknya yang dipakai mangsa ketika berjumpa dengan suspek turut hilang dalam kejadian tersebut.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semalam (12 Ogos), kecoh di media mengenai kes pembunuhan kejam seorang guru wanita, Istiqomah Ahmad Rozi.

Ia berikutan keputusan hasil ujian asid deoksiribonukleik (DNA) terhadap mayat tidak lengkap yang ditemui di Melaka pada 31 Disember lalu menunjukkan ia sah milik guru wanita berkenaan.

Berita ini nyata mengejutkan ramai apatah lagi mangsa dilaporkan hilang pada 26 Disember lalu dan mayatnya ditemui dalam keadaan yang tidak lengkap.

Ekoran daripada ini, polis telahpun menahan pasangan suami isteri di Chemor, Perak bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Difahamkan, Istiqomah yang mempunyai tiga orang anak itu mengenali suspek lelaki dan terlibat dengan urusan pelaburan.

Baca Artikel Berkaitan: Polis Sahkan Mayat Ditemui Tanpa Kepala Adalah Cikgu Istiqomah Yang Hilang Sejak 8 Bulan Lalu

Buat Beri Pinjaman Wang Sebanyak RM19,400 Kepada Suspek

Terbaharu, suami kepada mangsa Mohd. Yusoff Mokhtar mendedahkan isterinya itu pernah memberi pinjaman wang kepada suspek sebanyak RM19,400.

Wang itu diperolehi daripada pinjaman bank dan arwah dikatakan memberi wang itu kepada suspek pada September tahun lalu.

Walau bagaimanapun, suspek ada membuat bayaran balik secara ansuran sebanyak RM371 sebulan hingga Disember tahun lalu sebelum mengajak Istiqomah untuk membuat penambahan pelaburan pasaran pertukaran asing.

“Suspek tiba tiba-tiba muncul dan mengajak isteri menyertai perniagaannya. Pada September tahun lalu Istiqomah ada membuat pinjaman bank dan menyerahkan sejumlah RM19,400 kepada lelaki itu, yang merupakan kenalannya ketika di maktab perguruan.

“Bulan seterusnya sehingga Disember, suspek ada membuat bayaran balik RM371 sebulan dan mengajak Istiqomah berjumpa untuk menambah pelaburan, namun isteri menolak,” katanya yang dipetik daripada Kosmo.

Gelang Emas Dipakai Mangsa Turut Hilang

Jelas Yusoff lagi, Istiqomah ada memakai gelang emas pemberian arwah neneknya yang bernilai RM40,000 ketika berjumpa dengan suspek. Namun, gelang emas tersebut turut hilang dalam kejadian menyayat hati itu.

“Luluh hati saya bila dapat tahu isteri tersayang yang hilang sejak lapan bulan lalu ditemukan dalam keadaan beberapa anggota badannya dikerat dan dibuang di sekitar Melaka.

“Jika sebab duit atau emas sekali pun kenapa sampai sanggup bertindak sekejam itu sehingga menyebabkan tiga anak kami berusia 4, 6 dan 9 tahun membesar tanpa kasih sayang seorang ibu,” katanya.

Pada masa yang sama, Yusoff yang berusia 35 tahun menjelaskan dia kini hanya menunggu kebenaran daripada pihak polis untuk menuntut jenazah Istiqomah yang kini ditempatkan di Unit Forensik Hospital Melaka untuk dikebumikan di Pasir Mas, Kelantan.

Terdahulu, Istiqomah dipercayai hilang sejak 23 Disember lalu kira-kira jam lapan pagi. Namun, kereta miliknya dijumpai pada 27 Disember lalu di sekitar kawasan pasar raya Lotus, Masai, Johor kira-kira jam 2.00 petang bersama kunci kereta.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika cuti sekolah dan pada ketika itu, guru wanita berkenaan tidak bekerja.

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.