fbpx
Now Reading
41 Juta Saman ‘Terkumpul’ Di Malaysia Belum Dilangsai, Pemandu Singapura Paling Liat Nak Bayar

41 Juta Saman ‘Terkumpul’ Di Malaysia Belum Dilangsai, Pemandu Singapura Paling Liat Nak Bayar

Hampir 41 juta saman trafik bernilai RM4 bilion di Malaysia yang masih belum dibayar oleh pesalah lalu lintas termasuklah pemandu warga asing dari Singapura, Brunei dan Thailand.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Apabila seseorang melakukan kesalahan lalu lintas, mereka pasti akan dikenakan saman oleh anggota polis trafik.

Namun, wujud sesetengah pihak yang culas untuk melangsaikan kompaun saman mereka sehingga mececah ribuan ringgit meskipun pelbagai kempen diskaun pembayaran saman telah dilakukan.

Malah, dalam agama Islam juga mewajibkan umatnya untuk menyelesaikan hutang secepat mungkin selagi mana ia tidak dibayar oleh individu tersebut.


41 Juta Saman Trafik Di Malaysia Yang Masih Belum Dibayar Oleh Pengguna Jalan Raya

Memetik laporan Utusan, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri mendedahkan hampir 41 juta saman trafik bernilai RM4 bilion masih belum dilunaskan oleh pesalah lalu lintas.

Lebih mengejutkan lagi, jumlah tersebut dikumpul sejak tahun 1990 sehingga Jun 2024.

Menurutnya, enam kesalahan utama yang dilakukan adalah:

  • Melanggar lampu isyarat merah
  • Memandu di lorong kecemasan
  • Memotong di garisan berkembar
  • Menggunakan alat komunikasi semasa memandu
  • Memotong barisan
  • Memandu atau menunggang motosikal dengan laju
Sumber: Sebenarnya.my

Rakyat Singapura Catat Jumlah Tertinggi Dalam Kalangan Pemandu Warga Asing

Daripada jumlah 41 juta saman yang tidak dibayar, 51,128 adalah saman yang dikeluarkan kepada warga asing dari negara-negara jiran iaitu Singapura, Thailand dan Brunei dengan nilai tunggakan kira-kira RM5.1 juta.

Daripada jumlah tersebut, warganegara Singapura telah mencatatkan jumlah tunggakan saman yang paling tinggi iaitu 35,011 dengan anggaran jumlah sebanyak RM3.5 juta.

Susulan itu, JSPT akan menggiatkan usaha untuk mengesan pesalah trafik warga asing ini dengan melakukan Operasi Saman Tertunggak Warga Asing (OSTWA) sebagai langkah mencari dan mengenakan tindakan kepada kumpulan tersebut semasa kenderaan yang dipandu mahu memasuki atau meninggalkan Malaysia.

JSPT turut menegaskan bahawa pengguna jalan raya yang tidak melunaskan saman mereka boleh disenarai hitam oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Mohd Yusri juga berkata pihak mereka akan mengeluarkan notis pemberitahuan saman kepada pesalah trafik yang terlibat.

Sumber: Soya Cincau

Boleh Bayar Saman Secara Atas Talian

Sebagai info, pembayaran saman pada zaman ini lebih mudah dengan adanya alternatif untuk membayar secara atas talian iaitu dengan adanya laman web MyBayar PDRM.

Berikut adalah panduan untuk membayar sama menerusi MyBayar PDRM:

  1. Layari laman web MyBayar di portal rasmi PDRM.
  2. Daftar masuk ke akaun MyBayarSaman anda. Jika anda belum mempunyai akaun, anda perlu mendaftar terlebih dahulu.
  3. Selepas log masuk, pilih pilihan ‘Bayar Saman’ dari menu utama.
  4. Masukkan butiran saman anda seperti nombor kenderaan dan nombor saman.
  5. Setelah memasukkan butiran saman, sistem akan menunjukkan jumlah saman yang perlu dibayar.
  6. Pilih kaedah pembayaran yang diingini seperti kad kredit atau debit, FPX, atau e-wallet yang disokong.
  7. Selepas pembayaran berjaya, anda akan menerima pengesahan pembayaran melalui e-mel atau mesej teks.

Pastikan anda menyimpan juga resit pembayaran sebagai bukti untuk rekod anda ya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.