Azizulhasni Pertimbang Semula Keputusan Untuk Bersara, Perlu Ruang Bincang Dengan Keluarga
Menurut Azizulhasni, meskipun telah bersara nanti, beliau sudi memberikan bantuan kepada atlet-atlet berbasikal trek negara yang lain yang memerlukan pertolongannya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Umum mengetahui, jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang pernah menyatakan bahawa Paris 2024 ini mungkin menjadi sukan Olimpik terakhirnya dan akan berusaha sehabis baik untuk menghadiahkan pingat emas buat Malaysia.
Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi dirinya apabila beliau disingkirkan daripada perlumbaan pada pusingan pertama acara keirin di temasya itu kerana telah mendahului pacer sekali gus memusnahkan impiannya untuk meraih pingat.
Baca Artikel Berkaitan: “Pacer Bergerak Perlahan, Saya Dihimpit” – Azizulhasni Perjelas Punca ‘Disqualified’ & Tersingkir
Azizulhasni mohon ruang untuk bincang bersama keluarga tentang bersara
Terbaharu, Aizulhasni yang turut digelar ‘The Pocket Rocketman’ itu memohon ruang diberikan kepadanya untuk berbincang bersama ahli keluarga bagi menimbangkan semula keputusannya untuk bersara.
Menurutnya, beliau menerima permintaan daripada beberapa pihak termasuk rakan sepasukannya, Muhammad Shah Firdaus Sharom dan ketua jurulatih berbasikal trek kebangsaan, John Beasley yang memintanya untuk meneruskan karier.
“Beberapa hari selepas perlumbaan, Shah, John dan pasukan saya memang berharap kalau boleh mempertimbangkan semula sehingga ke Los Angeles 2028. Tapi bagi saya, saya perlukan masa untuk duduk bersama keluarga, kosongkan fikiran saya daripada apa yang berlaku.
“Apa yang berlaku ini, di luar kebiasaan dalam karier saya tetapi bagi saya, mereka tahu, kalau saya berhenti pun saya masih akan aktif dengan sukan terutama berbasikal,” katanya dipetik Harian Metro.
Azizulhasni sudi bantu atlet-atlet lain selepas bersara nanti
Menurutnya lagi, meskipun telah bersara nanti, beliau sudi memberikan bantuan kepada atlet-atlet berbasikal trek negara yang lain yang memerlukan pertolongannya.
“Akan terus berkayuh tetapi paling penting, kalau mereka perlukan bantuan saya, kalau Shah perlukan rakan sepelatih, bantu dia atau ada pelumba muda mahukan rakan sepelatih, saya boleh pertimbangkan.
“Namun buat masa sekarang, saya rasa saya perlukan masa kerana untuk kali ini, sangat mencabar. Bukan sahaja fizikal, latihan keras saya sudah biasa tetapi mental, saya ada keluarga, anak yang sedang membesar dan sentiasa bertanya kepada saya.
“Dua tahun lalu, bila tahu masalah jantung itu, memang keluarga sudah meminta saya berhenti sebenarnya dan tak ada lagi nak capai tapi saya kata, saya berjanji bagi saya satu lagi Olimpik. Olimpik terakhir. Itu saya janji pada keluarga, ibu saya, isteri dan anak, hanya mahu lakukan untuk negara, saya terkilan tetapi masih perlukan masa,” katanya lagi.
Pelumba berusia 36 tahun itu berkata demikian dalam keadaan sebak sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Sepang (KLIA) semalam (13 Ogos).
Azizulhasni masih tak dapat terima kegagalan raih pingat emas
Azizulhasni pada masa sama mengakui beliau masih tidak dapat menerima kegagalan meraih pingat emas selepas penyertaannya ‘dibatalkan’ (disqualified) kerana mendahului pacer yang belum keluar sepenuhnya daripada trek.
“Saya masih tak boleh terima sepenuhnya apa yang berlaku kerana kebiasaannya kalau saya kalah dalam perlumbaan, saya masih boleh ekspresikan lagi kekuatan dalam perlumbaan saya, itu saya boleh terima.
“Tapi ini (di Paris 2024), saya tak dapat buat apa-apa, saya memang tak tahu bagaimana nak gambarkan perasaan itu. Kalau kita sebagai atlet ini, kita makan, tidur kita, kita hidup untuk sukan, untuk negara.
“Bahkan saya sendiri pun, saya letakkan keluarga saya nombor dua, apa-apa memang sukan dulu, saya cuti pun saya masih lagi berlatih. Saya fikir untuk Olimpik,” ujarnya.
Baca Artikel Berkaitan: Azizulhasni Dedah Paris 2024 Adalah Sukan Olimpik Terakhirnya
Baca Artikel Berkaitan: