fbpx

Pemandu e-Hailing OKU Kesal Masih Belum Ada Tindakan, Dedah Video Dipukul

Rakaman klip terbabit juga kini tular di media sosial selepas dikongsikan oleh beberapa individu sekali gus meraih perhatian ramai.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Beberapa bulan lalu, tular mengenai laporan seorang pengawal pengiring orang kenamaan (VVIP) memukul seorang pemandu e-Hailing yang juga orang kurang upaya (OKU) bisu dan pekak di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Namun tidak lama kemudiannya, media melaporkan, pemandu e-Hailing itu telah menarik balik laporannya.

Kejadian tersebut dikatakan berlaku akibat salah faham arahan pergerakkan untuk mengalihkan kenderaan.

Baca Artikel Berkaitan: Pemandu Grab Dakwa Dipukul Pengiring VVIP Buat Laporan Kedua, Dedah Sudah Selesai Secara Baik

Baca Artikel Berkaitan: Polis Siasat Dakwaan Pengawal Peribadi VVIP Pukul Pemandu OKU

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, mangsa dipukul ketika berada di lobi hotel berkenaan.

Pemandu e-Hailing dedah rakaman kejadian

Terbaharu, pemandu yang mendakwa diserang oleh anggota rombongan VVIP itu tampil mendedahkan klip kamera kejadian yang dikatakan berlaku pada bulan Mei lalu.

Lelaki berusia 48 tahun itu, Ong Ing Keong menangis ketika menunjukkan video tersebut kepada media yang menyaksikan dia ditumbuk oleh seorang pengiring ketika penumpangnya baru masuk ke dalam keretanya.

Apa yang lebih mengecewakannya, setakat ini masih belum ada sebarang tindakan terhadap pelaku.

Kecewa, kejadian sudah 2 bulan tapi tiada sebarang tindakan

Peguam yang mewakili Ong, N Surendran berkata, sudah dua bulan kejadian itu berlalu dan dia serta anak guamnya kecewa kerana tidak ada sebarang tindakan daripada pihak berkuasa.

“Saya tidak tahu apa sebabnya, kerana bukti adalah jelas. Tiada siapa yang diheret ke muka pengadilan,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur, hari ini (14 Ogos) dipetik MalaysiaKini.

Pengawal pengiring tumbuk muka Ong melalui tingkap yang terbuka

Menerusi rakaman tersebut, kelihatan Ong berhenti dihadapan lobi berkenaan untuk mengambil penumpangnya, namun ketika itu juga terdapat rombongan yang membawa orang kenamaan di situ.

Kelihatan seorang lelaki dipercayai pengawal pengiring VVIP terbabit mengarahkan Ong untuk terus bergerak sebelum Ong bertindak membuka tingkap keretanya untuk melihat apa yang terjadi.

Namun ketika dia diarah untuk bergerak, secara tiba-tiba salah seorang pengawal pengiring terbabit menumbuk mukanya menerusi tingkap yang terbuka.

Rakaman klip terbabit juga kini tular di media sosial selepas dikongsikan oleh beberapa individu sekali gus meraih perhatian ramai.

Sebelum ini, tular dakwaan yang mengaitkan rombongan tersebut dengan Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

TMJ kemudiannya mengesa pihak berkuasa untuk melakukan siasatan menyeluruh berhubung kes tersebut.

Malah baginda turut berharap pihak berkuasa akan mengambil tindakan undang-undang serta memberikan keadilan yang sewajarnya kepada pemandu terbabit.

Baca Artikel Berkaitan: Kes Pemandu E-Hailing Dipukul, TMJ Arah Siasatan Menyeluruh

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.