Penarikan Tauliah Mengajar Ustaz Don: JAIS Beri Masa 14 Hari Untuk Buat Rayuan
Ustaz Don dalam masa sama, akur dan mengambil positif terhadap keputusan dikeluarkan JAIS.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sebelum ini, kami ada melaporkan tauliah mengajar pendakwah bebas, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid telah ditarik bermula 24 Julai yang lalu.
Perkara itu mula menjadi perhatian selepas tular di media sosial berhubung surat edaran Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang dikeluarkan pada 6 Ogos kepada masjid dan surau daerah di Selangor.
Selain Ustaz Don terdapat empat lagi nama yang tauliah mengajarnya turut ditarik dan pihak masjid serta surau tidak benarkan memanggil nama-nama yang disenaraikan.
Baca artikel berkaitan: Exco Selangor Sahkan Tauliah Mengajar Ustaz Don Ditarik
Ustaz Don diberi tempoh selama 14 hari untuk buat rayuan
Terbaharu, pendakwah itu diberikan tempoh selama 14 hari bagi membuat rayuan berhubung penarikan tauliah mengajarnya.
Kata Pengarah Jabatan Agama Islam (JAIS), Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad tempoh yang diberikan itu bermula dari tarikh surat penarikan terbabit dikeluarkan oleh Setiausaha Jawatankuasa Tauliah MAIS pada 31 Julai yang lepas.
Oleh itu, tarikh akhir pendakwah berkenaan boleh membuat rayuan adalah pada 20 Ogos ini.
“JAIS mengesahkan tauliah mengajar Negeri Selangor terhadap Ustaz Don Daniyal telah ditarik menerusi keputusan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Tauliah Bil.1/2024 pada 24 Julai lalu.
“Keputusan tersebut dibuat berdasarkan kuasa Jawatankuasa mengikut Subseksyen 118(3) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 yang dibaca bersama perenggan 17 (d) Peraturan-Peraturan Tauliah (Negeri Selangor) 2008,” ujarnya, lapor Kosmo.
Ustaz Don aku dengan keputusan dikeluarkan JAIS
Dalam pada itu memetik laporan Harian Metro, Ustaz Don akur dan mengambil positif dengan keputusan JAIS menarik tauliah mengajarnya di negeri berkenaan.
Menurut pengurusnya, Ana pendakwah terbabit akur dengan keputusan yang dikeluarkan seperti mana yang dinyatakan dalam kenyataan oleh pihak tersebut.
“Dah keluar pun ‘write-up’ itu. Seperti biasa, ustaz (Don Daniyal) akur dengan keputusan. Terima kasih,” jawabnya menerusi satu pesanan mesej di WhatsApp.