Penyanyi, Nidza Afham Dilaporkan Hilang Selepas Keluar Pergi Joging Di Klang
Menurut kakaknya, telefon bimbit dan dompet Nidza yang juga abang kepada penyanyi Aufahanie, berjaya ditemui di atas jambatan Sungai Klang dengan bantuan dua orang lelaki lain.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sejak belakangan ini, sering kali kedengaran kes melibatkan individu yang hilang antaranya disebabkan diculik, melarikan diri dan pelbagai lagi.
Kebiasaannya, kanak-kanak dan wanita sering menjadi mangsa. Namun, golongan lelaki juga tidak terkecuali.
Hilang Ketika Keluar Pergi Jogging
Terbaharu, penyanyi Nidza Afham dilaporkan hilang selepas keluar beriadah di Stadium Klang, Selangor kira-kira jam 11.53 malam tadi.
Berita kehilangan penyanyi yang berusia 23 tahun itu diumumkan sendiri oleh kakaknya, Nur Irfahanie menerusi ciapan di platform X.
Melalui ciapan itu, Irfahanie yang juga kakak kepada penyanyi Aufahanie memohon orang ramai untuk mendoakan agar Nidza berjaya ditemui.
Jumpa Telefon & Dompet Di Atas Jambatan Sungai Klang
Jelas Irfahani, telefon bimbit dan dompet milik pelantun lagu Ternyata Bukan Aku itu berjaya ditemui di atas jambatan Sungai Klang dengan bantuan dua orang lelaki lain. Namun, kad ATM dan wang tunai tidak ditemui.
Difahamkan, Nidza sempat menghabiskan lariannya dan tiada unsur pergaduhan dikesan di kawasan itu.
“Lokasi last phone (telefon) & dompet ditemui atas jambatan Sungai Klang (sebelah jambatan baru). Dia keluar pergi jogging dalam 7.58pm (in drive) ke Stadium Klang.
Assalamulaikum. Never thought I will do this, but I need help warga Malaysia
— Efahanie (@efaperfume) August 13, 2024
Adik I, Nidza Afham hilang. Lokasi last phone & dompet di temui atas jambatan Sungai Klang. (sebelah jambatan baru)
Dia keluar pergi jogging dalam 7.58pm (indrive) ke Stadium Klang pic.twitter.com/mfwz1hb2er
“Kami dah check phone, tak ada unsur unsur bergaduh atau loan shark (ceti haram), semua dalam keadaan baik. Adik I finished his running too (habiskan larian).
“Moga kalian dapat doakan keselamatan adik saya & segera ditemui dalam keadaan selamat. Amin Ya Rabb,” ciapnya.
Kami dah check phone, tak ada unsur unsur bergaduh/loan shark
— Efahanie (@efaperfume) August 13, 2024
Semua dalam keadaan baik. Adik I finished his running too
Moga kalian dapat doakan keselamatan adik saya & segera ditemui dalam keadaan selamat. Amin Ya Rabb pic.twitter.com/IbI2SkdU4L
Sudah Buat Laporan Polis
Jelas Irfahanie, laporan polis telahpun dibuat di Balai Polis Klang kira-kira jam 4 pagi.
Malah, menerusi kronologi yang dikongsikan oleh wanita berkenaan, kali terakhir adik lelakinya itu dihubungi kira-kira jam 9.04 malam sewaktu membalas mesej teman wanita yang dikenali sebagai Miera.
Sedikit info lagi pic.twitter.com/0TUVh2BFvd
— Efahanie (@efaperfume) August 13, 2024
Memetik Harian Metro, tiada sebarang perkara yang mencurigakan berlaku ke atas adiknya berdasarkan mesej yang dibaca di telefon.
“Keluarga tak syak apa-apa pun, malah dia pun okay saja. Tidak ada pulak perkara pelik berlaku. Dia juga tidak ada masalah kewangan.
“Malah, dah baca semua mesej pun tidak ada yang mencurigakan atau berbaur ugutan dan sebagainya. Saya tanya juga pada Miera adakah mereka bergaduh, tapi tidak juga.
“Pada masa sama saya tidak menolak kemungkinan jika ada kejadian lain berlaku seperti terjun atau apa. Cumanya, saya berharap dia selamat dan dapat ditemui segera,” katanya.
Irfahanie turut menjelaskan suaminya telah datang ke balai polis pada pagi tadi bagi bertanyakan prosedur sekiranya mahu mendapatkan bantuan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM).
Berita kehilangan Nidza Afham yang juga merupakan peserta program realiti I Can See Your Voice 3 turut dikongsikan oleh adik perempuannya iaitu penyanyi Aufahanie menerusi platform media sosial rasminya.
Baca Artikel Berkaitan: