fbpx
Now Reading
Kes Pukul Pemandu e-Hailing OKU: Polis Jelas Pengawal Pengiring Telah Dikenakan Tindakan Tatatertib

Kes Pukul Pemandu e-Hailing OKU: Polis Jelas Pengawal Pengiring Telah Dikenakan Tindakan Tatatertib

Menurut Ketua Polis Negara, tindakan serta merta terhadap anggota polis pengiring terbabit telah diambil oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman pada Jun lalu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semalam (14 Ogos), tular di media sosial rakaman kamera papan pemuka (Dashcam) mengenai insiden pemandu e-Hailing dipukul oleh seorang individu yang dipercayai pengawal pengiring orang kenamaan (VVIP).

Dalam kejadian yang berlaku pada 28 Mei lalu, pemandu e-Hailing yang juga orang kurang upaya (OKU) bisu dan pekak dipukul ketika sedang mengambil pelanggannya di lobi Hotel St Regis.

Insiden itu dipercayai berlaku akibat salah faham tentang arahan pergerakkan untuk mengalihkan kenderaan.

Rakaman video kejadian berkenaan mula tular apabila pemandu e-Hailing Ong Ing Keong tampil mendedahkan rakaman bukti kejadian.

Pendedahan itu dipercayai dilakukan berikutan tiada tindakan lanjut yang diambil terhadap pelaku walaupun telah dua bulan insiden itu berlaku hingga menimbulkan kekecewaan dalam diri Ong serta peguam yang mewakilinya N Surendran.

Baca Artikel Berkaitan: Pemandu e-Hailing OKU Kesal Masih Belum Ada Tindakan, Dedah Video Dipukul

Pengawal Pengiring Telah Dikenakan Tindakan Tatatertib Serta Merta

Terbaharu, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mendedahkan anggota polis pengiring yang didakwa memukul pemandu e-Hailing OKU berkenaan kini sedang dikenakan tindakan tatatertib dan bakal berhadapan dengan hukuman seperti amaran, kenaikan gaji ditahan, gantung kerja dan diturunkan pangkat.

Menurut beliau, sebaik sahaja siasatan dijalankan, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman telah mengambil langkah segera terhadap perilaku anggota terbabit pada Jun lalu.

“Tindakan terhadap anggota yang melakukan kesalahan ini sudah dilaksanakan pada peringkat awal lagi sebaik pihak JIPS selesai menjalankan siasatan dalaman.

“Selain itu, siasatan terhadapnya juga turut dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan atas kesalahan mendatangkan kecederaan,” katanya yang dipetik daripada Berita Harian.

Tidak Melindungi Mana-Mana Pegawai Atau Anggota

Tegas Razarudin lagi, pihaknya tidak pernah melindungi mana-mana pegawai atau anggota polis yang melakukan apa sahaja kesalahan.

Beliau mengulas perkara tersebut selepas tular kenyataan Surendran yang mempersoalkan tindakan pihak polis dan pejabat Peguam Negara (AGC) dalam mengendalikan kes berkenaan.

Kertas Siasatan Telah Diserahkan Namun Dikembalikan Semula

Pada masa yang sama, Razarudin memaklumkan kertas siasatan berhubung kejadian berkenaan sebelum ini telah diserahkan kepada AGC pada 5 Jun lalu namun dikembalikan semula.

Walau bagaimanapun, kertas siasatan itu telah diserahkan balik kepada AGC pada 22 Jun lalu.

Sebelum ini, ada dakwaan yang mengaitkan rombongan tersebut ada kaitan dengan Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Susulan itu, baginda bertitah agar pihak berkuasa segera melakukan siasatan menyeluruh bagi kes tersebut.

Malah, TMJ turut berharap agar pihak berkuasa mengenakan tindakan yang wajar ke atas pelaku dan memberikan keadilan yang sepatutnya kepada pemandu OKU itu.

Baca Artikel Berkaitan: Polis Siasat Dakwaan Pengawal Peribadi VVIP Pukul Pemandu OKU

Baca Artikel Berkaitan: Pemandu Grab Dakwa Dipukul Pengiring VVIP Buat Laporan Kedua, Dedah Sudah Selesai Secara Baik

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.