fbpx
Now Reading
Pengarah Bahagian Media & Komunikasi Strategik PM, Rozaid Rahman Meninggal Dunia

Pengarah Bahagian Media & Komunikasi Strategik PM, Rozaid Rahman Meninggal Dunia

Arwah Rozaid Rahman difahamkan mengalami masalah jantung dan sebelum ini telah menerima rawatan di Hospital Serdang sejak 1 Julai lalu dan dibenarkan keluar dari hospital pada 6 Ogos.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pengarah Bahagian Media & Komunikasi Strategik kepada Perdana Menteri, Rozaid Abdul Rahman dilaporkan meninggal dunia pada petang tadi (18 Ogos) di kediamannya di Putra Heights, Subang Jaya.

Pemergian Rozaid disahkan Pejabat Perdana Menteri (PMO) menerusi satu kenyataan rasmi sebentar tadi.

Arwah Rozaid, 59, difahamkan mengalami masalah jantung dan sebelum ini telah menerima rawatan di Hospital Serdang sejak 1 Julai lalu dan dibenarkan keluar dari hospital pada 6 Ogos.

“Allahyarham dilantik menjawat tugasan tersebut pada 23 Mei 2023. Pejabat Perdana Menteri mendoakan agar keluarganya diberi kekuatan dan ketabahan, dan diampunkan segala dosa Almarhum serta diberi tempat istimewa di sisiNya,” jelas kenyataan tersebut.

Pada 5 Julai lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menziarahi Rozaid yang pada ketika itu sedang menerima rawatan ekoran masalah kesihatan yang dihadapi olehnya.


Arwah Rozaid Rahman Seorang Yang Begitu Berpengalaman

Menurut laporan, Allahyarham yang juga dikenali sebagai wartawan veteran itu telah memulakan tugas di Sinar Harian pada 4 Januari 2021 sebelum menamatkan perkhidmatannya pada 30 Disember 2022.

Malah, ketika dalam tempoh perkhidmatan juga beliau sempat melancarkan portal bahasa Inggeris Kumpulan Karangkraf iaitu Sinar Daily.

Bukan itu sahaja, beliau mempunyai pengalaman yang luas sepanjang 40 tahun berada dalam bidang kewartawanan selama selepas memulakan kerjaya sebagai pemberita kadet di Utusan Malaysia pada April 1984.

Beliau pernah juga memegang jawatan Pegawai Eksekutif Pengisian/Pengarang Eksekutif Kumpulan Media The Star. Selain itu juga, beliau pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Akhbar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang pada ketika itu memegang jawatan sebagai Menteri Pengajian Tinggi.

Sebagai info tambahan, Rozaid Rahmad merupakan wartawan Malaysia pertama yang berjaya menemuramah Setiausaha Agong Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng.

Malah beliau juga merupakan wartawan pertama dari negara ini yang berjaya memasuki terowong yang dibina oleh anggota PKM di sempadan Malaysia – Thailand usai perjanjian damai parti itu bersama kerajaan Malaysia pada Disember 1989.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.