fbpx
Now Reading
Bekas Guru Dituduh Bunuh Cikgu Istiqomah: Tiada Pengakuan Direkodkan Daripada Tertuduh

Bekas Guru Dituduh Bunuh Cikgu Istiqomah: Tiada Pengakuan Direkodkan Daripada Tertuduh

Timbalan Pendakwa Raya turut meminta agar jaminan tidak diberikan kepada tertuduh mengikut peruntukan Seksyen 388 Kanun Acara Jenayah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada 12 Ogos yang lalu, kecoh di media mengenai kes pembunuhan kejam seorang guru wanita, Cikgu Istiqomah Ahmad Rozi.

Mangsa yang berusia 33 tahun mula dilaporkan hilang pada 26 Disember lalu dan mayatnya ditemui dalam keadaan tidak lengkap dalam tong sampah di longkang berhampiran tepi jalan Alor Gajah-Tampin kira-kira jam 2 petang pada 31 Disember.

Hasil ujian asid deoksiribonukleik (DNA) terhadap mayat tersebut telah membongkarkan kes pembunuhan kejam itu.

Ekoran daripada itu, sepasang suami isteri ditahan polis bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Walau bagaimanapun, isteri suspek utama telahpun dibebaskan pada Isnin (12 Ogos) lalu dan suspek lelaki berkenaan dilanjutkan tempoh tahanan remannya selama tujuh hari lagi bagi membantu siasatan.

Baca Artikel Berkaitan: Polis Sahkan Mayat Ditemui Tanpa Kepala Adalah Cikgu Istiqomah Yang Hilang Sejak 8 Bulan Lalu

Suspek Yang Juga Bekas Guru Dituduh Bunuh, Tiada Pengakuan Direkodkan

Terbaharu, suspek yang juga merupakan peniaga mata wang asing (Forex) dituduh di Mahkamah Majistret Alor Gajah hari ini (19 Ogos) bagi pertuduhan membunuh guru wanita berkenaan.

Selepas pertuduhan dibaca dan diterangkan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Dr Teoh Shu Yee, tertuduh yang dikenali sebagai Mohd Fadzly Ariffadzilah mengaku faham.

Walau bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Berdasarkan kertas pertuduhan, bekas guru berkenaan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana melakukan bunuh ke atas Istiqomah Ahmad Rozi di tepi jalan Kampung Tanjung Rimau Luar, Pulau Sebang, Melaka pada 26 Disember 2023 hingga 31 Disember 2023.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati atau jika tidak hukuman mati, dia boleh berhadapan penjara minimum 30 tahun dan maksimum 40 tahun dan tidak kurang 12 sebatan.

Tertuduh Tidak Diberikan Sebarang Jaminan

Pada masa yang sama, Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Nazrin Ali Rahim yang dibantu oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Azfar Mahmod serta Sharina Farhana Nor Sa’ari memohon agar mahkamah menetapkan tarikh sebutan kes yang baharu bagi mendapatkan laporan DNA dan bedah siasat ke atas mangsa.

Malah, Nazrin turut membantah agar tiada jaminan diberikan kepada tertuduh mengikut peruntukan Seksyen 388 Kanun Acara Jenayah.

Susulan daripada ini, Majistret Dr Teoh telah menetapkan 22 Oktober sebagai tarikh sebutan semula kes dan tidak membenarkan jaminan terhadap tertuduh.

“Encik Mohd Fadzly, awak boleh hubungi keluarga selepas ini untuk melantik peguam (mewakili kes),” katanya.

Terdahulu, hasil siasatan lanjut dan soal jawab bersama tertuduh yang merupakan kenalan Cikgu Istiqomah ketika di maktab perguruan telah membawa kepada penemuan sebahagian anggota badan mangsa di kawasan berhampiran.

Polis menemui tulang jari dan kepada kira-kira lima hingga enam kilometer dari lokasi mayat ditemui.

Baca Artikel Berkaitan: Polis Sahkan Mayat Ditemui Tanpa Kepala Adalah Cikgu Istiqomah Yang Hilang Sejak 8 Bulan Lalu

Baca Artikel Berkaitan: Kes Bunuh Cikgu Istiqomah: Isteri Beri Pinjaman Wang Kepada Suspek RM19,400 – Suami

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.