fbpx
Now Reading
MCA Cadang Saman Pihak Yang Guna Gambar Askar China Dalam Poster Pertandingan Bulan Kebangsaan

MCA Cadang Saman Pihak Yang Guna Gambar Askar China Dalam Poster Pertandingan Bulan Kebangsaan

Naib Pemuda MCA itu turut mempersoalkan SOP tapisan di peringkat sekolah sebelum poster itu dihebahkan kepada orang ramai.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, kecoh di media sosial mengenai penggunaan imej tiga askar negara China dalam sebuah poster pertandingan buku skrap sempena Hari Kemerdekaan anjuran sebuah sekolah menengah di Pulau Pinang.

Poster pertandingan yang terbuka kepada menengah rendah dan menengah atas itu menarik perhatian ramai hingga menjadi perdebatan kebanyakan pihak.

Walau bagaimanapun, guru yang terlibat telah tampil memohon maaf pada Jumaat (16 Ogos) lalu iaitu hari yang sama poster tersebut tular di media sosial.

Malah, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau Pinang, Datuk Abdul Said Hussain meluahkan rasa kesal dan menjelaskan pihaknya kini sedang menyiasat dan menunggu laporan penuh sebelum dihantar ke Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Baca Artikel Berkaitan: Isu Poster Pertandingan Bulan Kebangsaan Guna Gambar Askar China, Guru Sudah Mohon Maaf

MCA Cadang Saman Pihak Terlibat

Terbaharu, Pemuda MCA menerusi satu kenyataan di Facebook menyarankan agar pihak berkuasa mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang menggunakan imej berkenaan.

Ini kerana perbuatan itu disifatkan sama seperti mereka yang mengibarkan Jalur Gemilang secara salah selain boleh menggugat keharmonian masyarakat majmuk di negara ini.

“Pemuda MCA berharap siasatan dapat dijalankan secara telus dan adil, serta memaklumkan kepada orang ramai mengenai perkembangan kes ini dari semasa ke semasa.

“Sekiranya pihak berkuasa boleh menyaman atau mengambil tindakan terhadap mereka yang mengibarkan Jalur Gemilang secara salah, maka tindakan sama juga wajar dikenakan bagi kes ini yang semakin tular di media sosial sehingga berupaya mencetuskan ketidakharmonian di kalangan masyarakat majmuk di negara ini,” tulisnya.

Paparan Imej Tiga Tentera China Tidak Wajar Berlaku

Menurut Naib Ketua Pemuda MCA Kebangsaan Tan Yang Pang, kesilapan meletakkan imej tentera China pada poster berkenaan tidak seharusnya berlaku apatah lagi sempena bulan kemerdekaan.

“ia amat mengecewakan rakyat Malaysia yang patriotik kepada negara termasuk Pemuda MCA,” tulisnya lagi.

Persoal Tindakan Pihak Terlibat Yang Tidak Membuat Semakan Sebelum Hebahan Poster

Menerusi kenyataan sama, dia turut mempersoalkan tindakan pihak sepatutnya yang tidak melakukan semakan sebelum hebahan poster berkenaan dilakukan.

“Menurut Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau Pinang, Datuk Abdul Said Hussain seperti dilapor media semalam, poster berkenaan pada mulanya dimasukkan ke dalam kumpulan WhatsApp ibu bapa oleh guru sekolah itu pada 15 Ogos lalu.

“Timbul persoalan; Tidak adakah tapisan di peringkat sekolah terlebih dahulu sebelum poster tersebut dihebahkan?

“Tidak adakah sesiapa di dalam kumpulan WhatsApp itu yang menegur kesilapan tersebut?” tulisnya.

Sehubungan itu, Pemuda MCA menyeru semua pihak agar lebih berhati-hati dalam melakukan sesuatu dan menjadikan kejadian ini sebagai iktibar kepada semua agar tidak berulang lagi.

𝐏𝐨𝐬𝐭𝐞𝐫 𝐦𝐞𝐫𝐝𝐞𝐤𝐚 𝐭𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐚 𝐂𝐡𝐢𝐧𝐚 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐩𝐚𝐭𝐮𝐭𝐧𝐲𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐥𝐚𝐤𝐮 – 𝐏𝐞𝐦𝐮𝐝𝐚 𝐌𝐂𝐀 Kesilapan meletakkan gambar tentera China untuk…

Posted by MCA on Monday 19 August 2024

Sebelum ini, carian kami mendapati gambar tiga orang askar China berkenaan boleh didapati secara percuma menerusi laman ‘stock photo’, PngWing.

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.