fbpx
Now Reading
Tengku Mahkota Pahang Murka Dengan Muhyiddin, Mahu PDRM Ambil Tindakan Tegas

Tengku Mahkota Pahang Murka Dengan Muhyiddin, Mahu PDRM Ambil Tindakan Tegas

Titah Tengku Hassanal, Muhyiddin telah memanipulasi fakta dan membawa naratif negatif kepada rakyat bahawa Al-Sultan Abdullah seolah-olah tidak berlaku adil semasa memilih Perdana Menteri ke-10.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mahu Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan tegas tanpa kompromi kepada Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yasin yang secara sengaja menyentuh sentimen 3R.

Difahamkan, bekas Perdana Menteri itu secara sengaja dan sinis telah memperlekehkan dan mempertikaikan tugas dan peranan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sewaktu baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong (YDPA) ke-16 dahulu.

Susulan itu, Tengku Hassanal menerusi satu kenyataan rasmi hari ini (19 Ogos) menzahirkan rasa murka dan amat terkilan terhadap Ahli Parlimen Pagoh itu.

Muhyiddin manipulasi fakta dan bawa naratif negatif kepada rakyat

Titahnya, kenyataan Muhyiddin itu memanipulasi fakta dan membawa naratif negatif kepada rakyat bahawa Al-Sultan Abdullah seolah-olah tidak berlaku adil semasa memilih Perdana Menteri ke-10.

“Kenyataan beliau ini juga kelihatan tidak matang, menampakkan seolah-olah beliau masih tidak boleh menerima kenyataan yang beliau tidak dilantik sebagai Perdana Menteri.

“Kenyataan yang dikeluarkan ini juga adalah sangat bahaya kerana secara terang-terangan menghasut rakyat agar hilang kepercayaan terhadap Institusi Raja-raja Melayu serta memecahbelahkan rakyat.

“Berdasarkan Perkara 40(2) Perlembagaan Persekutuan, Perdana Menteri dilantik atas budi bicara YDPA yang berperanan sebagai Ketua Negara. Manakala, Perkara 43(2) pula menetapkan bahawa Perdana Menteri haruslah dilantik dalam kalangan Ahli Dewan Rakyat yang pada hemat, baginda mendapat kepercayaan majoriti ahli dewan tersebut,” titanya.

Al-Sultan Abdullah tidak sewang-wenang buat keputusan lantik Perdana Menteri

Titahnya lagi, Al-Sultan Abdullah tidak sewenang-wenangnya membuat keputusan untuk melantik Perdana Menteri walaupun perlembagaan memberikan kuasa mutlak kepada baginda.

“Baginda semasa itu telah memanggil pakar-pakar perlembagaan, penjawat awam utama negara dan yang terakhir turut secara musyawarah mendapatkan pandangan daripada Majlis Raja-Raja dan akhirnya barulah pelantikan Perdana Menteri semasa itu dibuat.

“Parlimen juga telah meluluskan usul undi percaya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 19 Disember 2022.

“Sehubungan itu, keputusan undi percaya tersebut adalah jelas dan selari dengan pertimbangan YDPA ke-16, Al-Sultan Abdullah semasa baginda memilih Anwar sebagai Perdana Menteri,” titahnya lagi.

Pada masa sama, Tengku Hassanal turut menasihati semua ahli politik selaku pemimpin rakyat haruslah sentiasa berpegang teguh pada Prisip Rukun Negara dan terus-menerus untuk sentiasa menyatupadukan rakyat agar Malaysia yang berbilang bangsa dapat menjadi sebuah negara maju, cemerlang ekonomi, alam sekitarnya Lestari dan rakyatnya bahagia.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.