fbpx
Now Reading
Ahli Politik Tak Patut Pertikai & Berdebat Dengan Keputusan Sultan- Mufti Pahang

Ahli Politik Tak Patut Pertikai & Berdebat Dengan Keputusan Sultan- Mufti Pahang

Menurut Mufti Pahang, rakyat wajib memberikan ketaatan terhadapa keputusan dilakukan YDPA kerana baginda membuat keputusan berdasarkan fakta dan tidak bias serta ia juga untuk kestabilan negara.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menjadi perhatian ramai gara-gara satu ucapannya ketika berkempen di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri.

Ucapan tersebut didakwa menyentuh sentimen 3R kerana membabitkan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semasa baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong (YDPA) ke-16.

Susulan itu, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah menzahirkan rasa murka dan meminta pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas berhubung isu tersebut.

Baca artikel berkaitan: Tengku Mahkota Pahang Murka Dengan Muhyiddin, Mahu PDRM Ambil Tindakan Tegas

Ahli politik perlu akur dan tak pertikai keputusan Sultan Pahang

Terbaharu Mufti Pahang, Datuk Profesor Dr. Asmadi Mohamed Naim mengatakan umat Islam wajib menunjukkan ketaatan terhadap kepimpinan sultan yang memerintah.

Ini kerana, peranan Raja-Raja Melayu adalah untuk menjadi payung kepada negeri serta negara.

Oleh itu, tegasnya setiap keputusan yang dibuat oleh Al-Sultan Abdullah Ri’Ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sewaktu perintahannya adalah untuk kebaikan agama, bangsa, negeri serta negara.

Selain itu, kebijaksanaan baginda turut dirasai oleh rakyat di negara ini sewaktu menjadi YDPA.

“Ahli politik wajib akur dan tidak seharusnya menjadikan keputusan baginda sebagai perdebatan atau pertikaian sehingga tidak menghormati institusi diraja itu.

“Jabatan Mufti Negeri Pahang menjunjung teguran yang dibuat oleh Tengku Mahkota Pahang menegur komen negatif oleh ahli politik terhadap keputusan Sultan Pahang sebagai YDPA terdahulu.

“Rakyat wajib memberikan ketaatan terhadap keputusan YDPA tersebut kerana baginda telah membuat keputusan berdasarkan fakta tanpa bias, dan untuk kestabilan negara,” ujarnya, dipetik MalaysiaGazette.

Sebagai rakyat Malaysia perlu hormat pada pemimpin meskipun ada ideologi berbeza

Kata beliau lagi, sebagai rakyat serta umat Islam yang berada di negara ini kita hendaklah menghormati pemimpin selari dengan menghayati prinsip Rukun Negara.

Walaupun mempunyai perbezaan ideologi politik dan sebagainya namun ia bukanlah asbab bagi mana-mana pihak membelakangkan institusi istana kerana kedudukan Raja-Raja Melayu merupakan yang tertinggi di Malaysia.

”Raja-raja Melayu telah terbukti menjadi payung apabila keadaan politik tidak stabil sejak lebih lima tahun lalu  khususnya peranan Al-Sultan Abdullah sebagai YDPA.

”Kempen dan perbezaan politik dalam kalangan ahli politik seharusnya tidak menyentuh Ke bawah Duli Raja Raja Melayu.

”Keputusan yang dibuat oleh Al-Sultan Abdullah ketika itu telah dibuat setelah mengambil kira kedudukannya sebagai YDPA yang menimbang dengan teliti keadaan sebenar suasana politik negara ketika itu.”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.