Lelaki Ditemukan ‘Hancur’, Terjatuh Dalam Mesin Proses Tandan Sawit
Memetik laporan berita tempatan, mangsa baru lapan hari bekerja di kilang tersebut.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Siapa sangka, nasib seorang operator mesin yang hilang secara tiba-tiba semasa dalam tugas berakhir dengan tragedi yang begitu tragis.
Begitulah nasib malang yang menimpa seorang operator mesin memproses tandan sawit selepas hanya serpihan tulang dan cebisan bajunya sahaja ditemui di atas timbunan serat sawit dalam kejadian pada malam kelmarin (20 Ogos).
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Salleh berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian terbabit pada jam 9.15 malam hari yang sama.
Pengurus dapati mangsa tiada di tempat mesin proses tandan sawit
Menurutnya, hasil siasatan pihak polis mendapati seorang wanita yang bekerja sebagai pengurus di kilang pemproses sawit di Jenjarom Banting, Selangor mendapati pekerja berusia 34 tahun itu tiada di lokasi kejadian.
“Mangsa telah keluar rehat pada jam 1 petang dan masuk semula bekerja jam 1.50 petang, manakala rakan sekerjanya pula telaj keluar rehat jam 2 petang dan masuk semula kerja jam 2.30 petang,” katanya dalam satu kenyataan semalam (21 Ogos).
Rakan sekerja dapati mangsa tiada di mesin terbabit selepas balik daripada rehat
Menurutnya lagi, bagaimanapun rakan sekerjanya itu mendapati mangsa tiada di tempat kejadian dan mesim memproses buah sawit terbabit beroperasi tanpa operator.
Ujarnya, susulan itu, pengurus yang juga pengadu bersama pekerjannya itu mencari mangsa di kawasan sekitar.
Jumpa kasut, serpihan baju dan cebisan tulang manusia atas timbunan serat sawit
“Pada jam 5.30 petang, mereka telah menjumpai kasut, serpihan baju serta cebisan tulang manusia di hujung mesin penghantar di atas timbunan serat sawit terbabit.
“Mangsa dipercayai terjatuh ke dalam mesin pemproses tanda sawit semasa mengendalikan mesin tersebut,” katanya lagi.
Berkongsi lanjut, Ahmad Ridhwan berkata tiada sebarang unsur jenayah dan pihak polis mengklasifikasikan kes terbabit sebagai mati mengejut.
Memetik Berita Harian, mangsa baru lapan hari bekerja di kilang tersebut.