fbpx
Now Reading
Rakyat Palestin Akan Dihantar Pulang Selepas Dapatkan Rawatan Di Malaysia – Tok Mat

Rakyat Palestin Akan Dihantar Pulang Selepas Dapatkan Rawatan Di Malaysia – Tok Mat

Mohamad yang juga merupakan Ahli Parlimen Rembau turut mengingatkan orang ramai agar tidak menjadikan bantuan terhadap rakyat Palestin ke negara ini sebagai satu isu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kekejaman rejim Zionis terhadap rakyat Palestin sememangnya telah membuka mata masyarakat dunia.

Selain daripada mengorbankan ribuan nyawa, tindakan tidak berperikemanusiaan itu turut menyebabkan kerosakkan kepada kemudahan infrastruktur seperti hospital hingga menyukarkan rawatan diberikan kepada penduduk setempat.

Susulan itu, sebagai tanda solidariti dan sokongan terhadap mereka, Malaysia menjadi negara pertama di Asia yang membawa rakyat Palestin untuk dirawat di negara ini dan perkara itu diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 4 Ogos lalu.

Walau bagaimanapun, ada segelintir pihak dilihat mengecam dan mengkritik usaha murni kerajaan dalam memberikan rawatan kepada mereka.

Rakyat Palestin Mahu Pulang, Rela Mati Di Tanah Air Sendiri

Terbaharu, Menteri Luar Negeri Datuk Seri Mohamad Hasan menjelaskan semua rakyat Palestin yang dibawa ke Malaysia akan dihantar pulang selepas mendapat rawatan di negara ini.

Ini kerana ia merupakan janji yang dibuat oleh kerajaan bersama pemimpin Palestin baru-baru ini.

“Mereka ini tak nak datang, mereka tak mahu keluar, mereka tak mahu tinggalkan tanah air. Mereka lebih rela mati di tanah air sendiri.

“(Tapi) dengan janji kita bawa ke sini untuk berikan sedikit bantuan perubatan kepada anak-anak (Palestin) yang cedera dan mesti menghantar mereka balik.

“Tidak ada persoalan mereka ini akan tinggal di sini untuk jangka masa lama. Mereka mahu kembali semula ke tanah air,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO 2024 semalam (21 Ogos).

Baca Artikel Berkaitan: “Malaysia Helwah” – Reaksi Kanak-kanak Palestin Teruja Tiba Ke Negara Ini Raih Perhatian

Tidak Jadikan Bantuan Rakyat Palestin Sebagai Satu Isu

Pada masa yang sama, Ahli Parlimen Rembau itu turut mengingatkan orang ramai agar tidak menjadikan bantuan terhadap rakyat Palestin ke negara ini sebagai satu isu.

Malah, Mohamad yang juga merupakan Timbalan Presiden UMNO turut menafikan dakwaan yang mengatakan ada rakyat Palestin akan dihantar ke beberapa negeri.

“Tak usahlah risau. Ada negeri-negeri yang risau mengatakan kita akan menghantar orang Palestin ini duduk di negeri mereka. Tak ada.

“Perlu ada peri kasihan terhadap orang yang menderita,” jelasnya.

Terdahulu, seramai 41 rakyat Palestin yang cedera akibat serangan Israel di Semenanjung Gaza telah di bawa ke Malaysia bagi menerima bantuan kesihatan pada 16 Ogos yang lalu.

Kesemua mereka yang diiringi 86 waris itu selamat tiba di Pangkalan Tentera Udara (PTU) Subang sekitar jam 2.00 hingga 2.30 petang menaiki pesawat A-400M milik Tentera Udara Malaysia (TUDM).

Menurut Menteri Pertahanan Mohamed Khaled, kesemua pesakit yang mengalami kecederaan termasuk melecur dan patah kaki serta hilang anggota badan dibawa ke negara ini telah ditapis terlebih dahulu bagi menerima rawatan lanjut.

Alhamdulillah, hari ini, seramai 41 rakyat Palestin berumur 8 bulan hingga 62 tahun yang cedera dan merupakan mangsa…

Posted by Khaled Nordin on Friday 16 August 2024

Baca Artikel Berkaitan: Rakyat Malaysia Puji Kolaborasi ZUS Coffee Dan MAPIM Hantar Bantuan Di Palestin

Baca Artikel Berkaitan: Terima Kasih Pada Pihak Yang Beri Bantuan & Dana Untuk Bantu Rakyat Palestin – MERCY Malaysia

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.