fbpx

Kes Saman Zahid: “Nama Saya Mahathir Bin Mohamad, Bukan Mahathir a/l Iskandar Kutty” – Tun M

Tidak hanya itu, Tun Mahathir atau lebih mesra disapa Tun M turut memaklumkan beliau adalah seorang berbangsa Melayu dan beragama Islam sejak lahir.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Hari ini (26 Ogos), Tun Dr. Mahathir Mohamad menyangkal dakwaan Timbalan Perdana Menteri I, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menyatakan nama sebenar beliau adalah Mahathir a/l (anak lelaki) Iskandar Kutty pada tujuh tahun lalu.

Dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu, bekas Perdana Menteri itu sebaliknya menegaskan nama sebenarnya adalah Mahathir Bin Mohamad.

Tun M seorang berbangsa Melayu dan beragama Islam sejak lahir

Tidak hanya itu, Tun Mahathir atau lebih mesra disapa Tun M turut memaklumkan beliau adalah seorang berbangsa Melayu dan beragama Islam sejak lahir.

“Saya sedar (kenyataan Ahmad Zahid) itu berbohong, tiada satu pun IC (kad pengenalan) guna nama itu. Sejak saya dilahirkan hingga masuk universiti dan sehingga menjadi doktor tidak penah orang sebut nama saya Mahathir a/l Iskandar Kutty.

“Ini satu pembohongan oleh Ahmad Zahid. Bapa saya bernama Mohamad bin Iskandar dan ibu saya adalah Wan Tempawan binti Wan Hanapi.

“Bapa saya berasal dari Pulau Pinang, dan seorang Melayu, di mana nenek moyang saya mempunyai darah yang berketurunan dari negeri selatan India, iaitu Kerala. Ibu saya pula berasal dari Kedah dan masing-masing berketurunan Melayu sejati,” katanya dipetik Kosmo.

Ahmad Zahir fitnah dirinya semasa mesyuarat UMNO Bahagian di Kelana Jaya pada 2017 lalu

Berdasarkan pernyataan tuntutan yang difailkan pada 20 Julai 2022, Tun M mendakwa Ahmad Zahid telah mengeluarkan kenyataan memfitnah terhadapnya semasa mesyuarat UMNO Bahagian di Kelana Jaya pada 30 Julai 2017.

Kenyataan itu kemudian diterbitkan semula di saluran YouTube Astro Awani dan beberapa portal berita dalam talian yang boleh diakses oleh pengguna internet tanpa sebarang sekatan.

Fitnah seolah-olah Tun M bukan Melayu dan Islam

Dakwanya, kenyataan fitnah terbabit juga membawa maksud bahawa beliau bukanlah dilahirkan sebagai seorang Melayu atau Islam dengan nama seperti yang didakwa Ahmad Zahid itu.

Selain itu, Ahmad Zahid juga dikatakan mendakwa Tun M menggunakan orang Melayu semasa menjadi Perdana Menteri untuk mendapatkan keuntungan politik dan peribadinya selain memperkecilkan rakyat Malaysia berketurunan India Muslim.

Ketika artikel ini ditulis, perbicaraan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Gan Techiong itu masih lagi berlangsung.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.