fbpx
Now Reading
Syarikat Pengurusan Sisa Dari Singapura Tawar Bantuan Cari Mangsa Tanah Jerlus Secara Percuma

Syarikat Pengurusan Sisa Dari Singapura Tawar Bantuan Cari Mangsa Tanah Jerlus Secara Percuma

Jetters Incz berkata, pihaknya bersedia menawarkan perkhidmatan mereka setelah mendengar bahawa kaedah ‘flushing’ digunakan untuk mengesan mangsa.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Hari ini (26 Ogos), sudah memasuki hari keempat operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang wanita warga India, Vijaya Lakshmi yang terjatuh ke dalam lubang benam akibat tanah mendap berhampiran Malayan Mansion di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur pada pagi 23 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, setakat ini operasi SAR itu akan diteruskan sehingga mangsa ditemui.

“Setakat ini, kita belum menetapkan sejauh mana pencarian ini (sampai bila) tetapi mesyuarat petang tadi memutuskan kita akan meneruskan operasi SAR sehingga mangsa dijumpai,” katanya semalam dipetik Awani.

Pasukan penyelamat kemudiannya mula menggunakan kaedah ‘flushing’ dengan menyekat aliran air di lurang kumbahan dan setelah air melimpah, sekatan akan dilepaskan sekali gus menghasilkan arus aliran air yang deras.

Teknik ini akan dikoordinasikan oleh pasukan Indah Water Konsurtium (IWK).

Syarikat pengurusan sisa dari Singapura tawar bantuan cari mangsa secara percuma

Terbaharu, syarikat pengurusan sisa dari Singapura, Jetters Incz Pte Ltd, menawarkan bantuan dalam usaha mencari dan menyelamat mangsa secara percuma.

Menurut laporan Malaymail, Jetters Incz dalam satu kenyataan berkata, pihaknya bersedia menawarkan perkhidmatan mereka setelah mendengar bahawa kaedah ‘flushing’ digunakan untuk mengesan mangsa.

“Sebagai pakar dalam bidang ini, kami ingin menawarkan bantuan sukarela kami untuk menyokong siasatan dan usaha mencari yang sedang berlangsung.

“Pasukan kami dilengkapi dengan teknologi canggih dan memiliki kemahiran yang diperlukan untuk mengurus dan menavigasi sistem saliran yang kompleks, yang kami percaya boleh menjadi penting dalam situasi semasa,” katanya.

Mangsa tengah berjalan tiba-tiba terjatuh dalam tanah jerlus

Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 8 pagi Jumaat lalu itu, mangsa yang juga pelancong berusia 48 tahun itu sedang berjalan di kawasan terbabit bersama ahli keluarganya sebelum dia secara tiba-tiba terjatuh ke dalam tanah jerlus.

Video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) semasa kejadian juga tular di media sosial yang menyaksikan seorang lagi lelaki yang sedang diduduk di kerusi batu berhampiran kawasan tanah jerlus terbabit juga hampir terjatuh sebelum berjaya menyelamatkan diri.

Baca Artikel Berkaitan: Kes Jatuh Dalam Lubang Benam Di Masjid India, Suami Sempat Dengar Jeritan Isteri Sebelum Senyap [Video]

Setakat ini, hanya selipar mangsa sahaja yang ditemui sepanjang pencarian dilakukan ini.

IWK guna ‘jettor’ pecahkan serpihan untuk cari mangsa

Syarikat Indah Water Konsortium (IWK) juga hari ini telah melakukan pemecahan serpihan menggunakan ‘jettor’ dalam usaha mencari mangsa.

Operasi pemecahan serpihan itu dilakukan bermula dari lokasi tanah jerlus sehingga ke luring kumbahan hilir yang jaraknya 69 meter.

Unit Media Jabatan Perancangan Korporat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkata, operasi SAR masih dijalankan dengan pembabitan pelbagai agensi, lapor Berita Harian.

Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif juga sebelum ini berkata kajian awal pihak Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) mengesahkan tanah di lokasi insiden adalah selamat dan sesuai untuk aktiviti pembangunan.

Baca Artikel Berkaitan: Kes Wanita Terjerlus Di Masjid India: Datuk Bandar Nafi Dakwaan KL Tak Selamat

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.