fbpx
Now Reading
Visa Keluarga Mangsa Tanah Jerlus Jalan Masjid India Dilanjutkan Sebulan

Visa Keluarga Mangsa Tanah Jerlus Jalan Masjid India Dilanjutkan Sebulan

Menurut Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri, kerajaan sentiasa komited dalam memberikan segala bantuan termasuklah perkhidmatan kaunseling daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kepada keluarga mangsa.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada Jumaat (23 Ogos) lalu, negara dikejutkan dengan insiden tanah jerlus yang berlaku di Jalan Masjid India berhampiran bangunan Malayan Mansion.

Apa yang menjadi perhatian adalah kejadian berkenaan menyebabkan seorang wanita warga India, Vijaya Lakshmi hilang selepas terjatuh ke dalam lubang sedalam lapan meter.

Walaupun operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah memasuki hari kelima namun mangsa masih belum dapat ditemui.

𝐓𝐚𝐧𝐚𝐡 𝐌𝐞𝐧𝐝𝐚𝐩 𝐃𝐢𝐤𝐞𝐬𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐫𝐝𝐞𝐤𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐧𝐬𝐢𝐨𝐧, 𝐒𝐞𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚 𝐃𝐢𝐩𝐞𝐫𝐜𝐚𝐲𝐚𝐢 𝐓𝐞𝐫𝐩𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐩 Sebuah tanah mendap telah…

Posted by BuzzKini on Thursday 22 August 2024

Visa Keluarga Mangsa Dilanjutkan Sebulan

Terbaharu, Jabatan Imigresen melanjutkan visa Pas Lawatan Sosial keluarga Vijaya Lakshmi bagi tempoh sebulan bermula semalam (26 Ogos).

Menurut Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri Arvend Applasamy, pelanjutan tempoh visa itu diberi kepada empat orang ahli keluarga mangsa.

“Visa PLS itu diberikan Jabatan Imigresen kepada suami, anak dan saudara mangsa berkuat kuasa hari ini (26 Ogos).

“Saya mewakili Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi turut menyantuni keluarga mangsa hari ini, selain menyampaikan sumbangan dan memberi jaminan kerajaan akan memudahkan segala urusan mereka termasuk makan, minum serta kemudahan penginapan sepanjang berada di sini.

“Keluarga mangsa ketika ditemui turut memaklumkan mereka bersedia menghadapi apa juga kemungkinan jika mangsa ditemui,” katanya yang dipetik daripada Berita Harian.

Komited Pastikan Kebajikan Keluarga Mangsa Terjaga

Tambah Arvend, kerajaan sentiasa komited dalam memberikan segala bantuan termasuklah perkhidmatan kaunseling daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kepada keluarga mangsa.

Malah, Arvend turut menyatakan keluarga mangsa menzahirkan ucapan terima kasih kepada pasukan penyelamat abatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) yang bertungkus lumus dalam SAR ahli keluarga mereka itu.

Operasi SAR Guna Teknik Flushing

Dalam pada itu, operasi SAR mangsa yang berusia 48 tahun itu lebih menumpukan kepada teknik ‘flushing’.

Teknik itu dilakukan dengan cara menyekat aliran air di lurang kumbahan dan setelah air melimpah, sekatan tersebut akan dilepaskan bagi menghasilkan aliran air yang berarus deras.

Kaedah berkenaan akan melibatkan semua pihak khususnya daripada pasukan penyelamat daripada JBPM, PDRM, DBKL dan Indah Water Konsortium (IWK).

Terdahulu, mangsa dan keluarganya yang berasal dari Andhhra Pradesh, India sepatutnya pulang ke negara asal pada Sabtu (24 Ogos) lalu setelah datang bercuti ke Malaysia dua bulan yang lalu.

Baca Artikel Berkaitan: Syarikat Pengurusan Sisa Dari Singapura Tawar Bantuan Cari Mangsa Tanah Jerlus Secara Percuma

Baca Artikel Berkaitan: Kes Jatuh Dalam Lubang Benam Di Masjid India, Suami Sempat Dengar Jeritan Isteri Sebelum Senyap [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.