fbpx
Now Reading
Flight Delay Lebih 5 Jam, Syarikat Penerbangan Perlu Refund Bayaran Penuh Kepada Pelanggan – Anthony Loke

Flight Delay Lebih 5 Jam, Syarikat Penerbangan Perlu Refund Bayaran Penuh Kepada Pelanggan – Anthony Loke

Menurut Menteri Pengangkutan, tempoh bayaran balik kepada pengguna adalah selama 30 hari bergantung kepada jenis bayaran yang telah dibuat oleh penumpang.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Hari ini (28 Ogos), kerajaan mengumumkan syarikat penerbangan dikehendaki membuat kembali bayaran penuh kepada pelanggan sekiranya penerbangan lewat lebih daripada lima jam.

Undang-undang yang berkuat kuasa mulai 2 September depan itu perlu dibuat kepada penumpang yang tidak meneruskan perjalanan mereka.

Pembayaran Balik Salah Satu Penambahbaikan MACPC

Menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke, penguatkuasaan itu merupakan antara penambahbaikan yang dibuat dalam Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia 2016 (MACPC) yang dilaksanakan oleh Kementerian Pengangkutan melalui Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM).

“Untuk gangguan penerbangan yang disebabkan oleh keadaan luar biasa, syarikat penerbangan dikehendaki terlebih dahulu menawarkan bayaran balik dalam mod bayaran asal.

“Syarikat penerbangan juga boleh menawarkan mod bayaran balik alternatif seperti baucar perjalanan atau credit shell. Bagaimanapun, pengguna mempunyai hak untuk memilih mod bayaran balik yang mereka kehendaki,” katanya yang dipetik daripada Bernama.

Tempoh Bayaran Balik Adalah Selama 30 Hari

Jelas Loke, tempoh bayaran balik kepada pengguna adalah selama 30 hari bergantung kepada jenis bayaran yang telah dibuat oleh penumpang.

Selain itu, bayaran balik mandatori surcaj bahan api, cukai, fi dan caj seperti levi pelepasan, Caj Perkhidmatan Penumpang (PSC) serta fi karbon menjadi antara perkara yang turut ditambah baik dalam MACPC.

“Ini terpakai untuk tiket yang mempunyai nilai bayaran balik dan tiket yang tidak mempunyai nilai bayaran balik bagi penerbangan yang tidak diambil oleh pengguna,” jelasnya.

Perlu Keluarkan Penerbangan Yang Dibatal Dari Sistem Tempahan

Loke yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban itu menjelaskan penerbangan yang batal mesti dikeluarkan daripada sistem tempahan termasuklah di platform ejen pelancongan dalam atau luar talian.

“Sebarang denied boarding kerana tempahan penerbangan berlebihan perlu dimaklumkan kepada pengguna di kaunter daftar masuk atau di pintu berlepas. Menafikan pengguna yang telah menaiki pesawat adalah dilarang.

“Had masa untuk pengguna mengemukakan aduan kini dilanjutkan daripada satu tahun kepada dua tahun,” ujarnya.

Maklum Kepada Pengguna Dua Minggu Lebih Awal

Pada masa yang sama, mulai Januari 2025, syarikat penerbangan perlu memaklumkan kepada pengguna sebarang perubahan dalam Waktu Perlepasan Yang Dijadualkan (STD) sekurang-kurangnya dua minggu dari tarikh perlepasan sebenar.

Namun, ia dikecualikan sekiranya berlaku hal atau keadaan yang luar biasa serta masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan.

Syarikat Boleh Dikenakan Penalti Maksimum Sehingga RM200,000

Terang Loke lagi, kegagalan mematuhi MACPC boleh menyebabkan syarikat berkenaan dikenakan penalti kewangan maksimum hingga RM200,000.

Sekiranya syarikat penerbangan melakukan kesalahan buat kali kedua dan seterusnya, sebanyak 10 kali ganda daripada penalti pertama akan dikenakan.

Untuk info, sejak tahun 2016, sebanyak RM4.7 juta penalti telah dikenakan kepada syarikat penerbangan yang gagal mematuhi MACPC.

Dengan penambahbaikan yang dibuat, pengguna penerbangan boleh mendapat jaminan perlindungan bagi perjalanan udara.

“MAVCOM juga akan meneruskan pengawasan terhadap prestasi syarikat penerbangan untuk memastikan pematuhan pada penanda aras industri yang telah ditetapkan bagi manfaat pengguna,” jelas Loke.

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.