fbpx
Now Reading
Belum Masanya Wartakan Jalan Masjid India Sebagai Zon Tidak Selamat, Kata Ketua Polis Negara

Belum Masanya Wartakan Jalan Masjid India Sebagai Zon Tidak Selamat, Kata Ketua Polis Negara

Menurut Tan Sri Razarudin Husain, pihak polis perlu mengemukakan permohonan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mengisytiharkan kejadian berkenaan sebagai bencana.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada Jumaat (23 Ogos) lalu, negara dikejutkan dengan insiden tanah mendap yang berlaku di Jalan Masjid India berhampiran bangunan Malayan Mansion.

Insiden itu telah menyebabkan seorang wanita warganegara India, Vijaya Lakshmi hilang selepas dia terjatuh ke dalam lubang sedalam lapan meter.

Sehingga kini, wanita berkenaan masih gagal ditemui walaupun operasi mencari dan menyelamat (SAR) telahpun memasuki hari yang ketujuh.

Malah baru-baru ini, terdapat satu lagi kejadian tanah mendap yang dikesan kira-kira 50 meter dari lokasi asal insiden tersebut kira-kira jam 2.30 pagi semalam (29 Ogos).

Akibat daripada penemuan terbaharu ini, laluan sekitar Jalan Masjid India telahpun ditutup keoada semua kenderaan.

Baca Artikel Berkaitan: Satu Lagi Tanah Mendap Di Masjid India, Berdekatan Lokasi Tanah Jerlus [Video]

Perlu Kemuka Kepada MKN, Isytihar Kejadian Tanah Mendap Sebagai Bencana

Terbaharu, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain menjelaskan belum tiba masanya untuk mengisytiharkan Jalan Masjid India sebagai zon yang tidak selamat.

Jelas beliau, pihak polis perlu mengemukakan permohonan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mengisytiharkan kejadian berkenaan sebagai bencana.

“Ini bukan bencana. Tetapi kami (polis) termasuk bomba serta agensi berkaitan menjalankan tugas seolah-olah ia seperti bencana. Kita buka Pusat Kawalan Operasi Bersepadu,” katanya yang dipetik daripada Sinar Harian.

Sahkan Laluan Ditutup Akibat Mendapan Tanah Di kesan

Pada masa yang sama, Razarudin mengesahkan laluan sepanjang 1.4 meter dari Jalan Masjid India ke Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur ditutup ekoran daripada mendapan tanah yang dikesan di kawasan berkenaan.

Jelasnya, arahan tersebut telahpun dikeluarkan kepada Ketua Polis Daerah Dang Wangi dan Ketua Polis Negeri.

“Penutupan ini melibatkan laluan yang mempunyai lima pembentung dan arahan berkait perkara tersebut.

“Kita (polis) tutup laluan itu sahaja dan tidak mengeluarkan arahan supaya kawasan-kawasan lain turut berbuat demikian.

“Perniagaan tidak ditutup, urus niaga masih berlangsung seperti biasa. Laluan ke pembentung itu sekitar 50 hingga 70 meter sahaja,” ujarnya.

Walau bagaimanapun, lokasi yang ditutup tidak melibatkan laluan masuk kenderaan. Malah, Razali juga enggan mengulas lanjut berkenaan perkara itu kerana melibatkan soal teknikal.

Terdahulu, Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif memaklumkan kawasan di Jalan Masjid India selamat dan terkawal selepas disahkan oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Baca Artikel Berkaitan: Gua Kosong Bawah KL Adalah Palsu, UM Dedah Tiada Ahli Geologi Nama Dr Sarah Jamal

Baca Artikel Berkaitan: Kes Jatuh Dalam Lubang Benam Di Masjid India, Suami Sempat Dengar Jeritan Isteri Sebelum Senyap [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.