‘Raja Bomoh’ Muncul Kembali, Tawar Diri Nak Bantu Cari Mangsa Tanah Jerlus Di Masjid India [Video]
Menurut Ibrahim Mat Zin, benda tersebut ingin dicampakkan olehnya ke dalam lubang benam berkenaan sebagai salah satu usaha untuk memudahkan urusan mencari mangsa.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Hari ini (29 Ogos), masuk hari ke tujuh operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga India, Vijaya Lakshmi yang terjatuh ke dalam lubang benam akibat tanah jerlus berhampiran Malayan Mansion di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur sejak tragedi itu berlaku pada pagi 23 Ogos lalu.
Pelbagai cara yang telah digunakan oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) seperti memperbesarkan lubang serta menggunakan kaedah ‘flushing’, namun sehingga kini, hanya selipar milik mangsa sahaja yang ditemui.
Raja Bomoh muncul di Masjid India, tawar diri bantu cari mangsa tanah jerlus
Terbaharu, ‘Raja Bomoh’ atau nama sebenarnya, Ibrahim Mat Zin pula dilihat muncul secara tiba-tiba di lokasi insiden tanah jerlus Jalan Masjid India pada petang semalam (28 Ogos) sekali gus mencuri tumpuan ramai terumatanya pihak media.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman YouTube KiniTV, kehadirannya ke sana adalah untuk membantu dalam mencari mangsa yang berusia 48 tahun itu yang sehingga kini masih belum ditemui.
“Saya datang bukan sebab apa, saya lihat mereka dah berhari jalankan usaha pencarian namun tak jumpa.
“Jadi, saya mahu tolong pencarian ini dan gunakan kaedah tertentu sekiranya saya dibenarkan pihak berkuasa,” katanya.
Raja Bomoh ingin campak ‘sesuatu’ ke dalam lubang benam, mudahkan urusan cari mangsa
Di dalam video tersebut, kelihatan Ibrahim memegang sesuatu yang berbalut dengan kain putih dan diikat dengan kain berwarna kuning.
Menurutnya, benda tersebut ingin dicampakkan olehnya ke dalam lubang benam berkenaan sebagai salah satu usaha untuk memudahkan urusan mencari mangsa.
“Saya buang benda ini dekat tempat itu (lubang benam), dia (mangsa) terus timbul, bukan dia dekat situ, tapi kalau dia (pihak berkuasa) tak bagi tak apalah,” katanya.
Untuk info, 10 tahun lalu Raja Bomoh pernah mencuri tumpuan dunia apabila cuba membantu mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur Ke Beijing, China.
Dia turut menggunakan beberapa kaedah dan bahan seperti teropong dan buah kelapa.