fbpx
Now Reading
“1Kg Dapat RM1” – Inisiatif Tangkapan Ikan Bandaraya Oleh Kerajaan Selangor Tarik Perhatian Ramai [Video]

“1Kg Dapat RM1” – Inisiatif Tangkapan Ikan Bandaraya Oleh Kerajaan Selangor Tarik Perhatian Ramai [Video]

Difahamkan, kerajaan Selangor telah memperuntukkan sebanyak RM50,000 sebagai insentif usaha menangkap ikan bandaraya ini.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sungai merupakan khazanah alam yang perlu dijaga agar tidak tercemar sekali gus memusnahkan hidupan dalam air.

Selain aktiviti pembuangan sampah sarap atau sisa-sisa kimia daripada kilang boleh menyebabkan berlakunya pencemaran air, pembiakan ikan asing seperti ikan Pleco (ikan bandaraya) juga boleh merosakkan ekosistem sungai.

Inisiatif Tangkap Ikan Pleco (Bandaraya) di Denai Kebangsaan, Sungai Langat

Terbahru, kerajaan Selangor telah melancarkan Inisiatif Tangkapan Ikan Bandaraya di Denai Kebangsaan, Sungai Langat.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @cha.zainal, orang awam yang berjaya menangkap ikan bandaraya akan mendapatkan wang tunai.

Difahamkan, setiap 1 kilogram (Kg) ikan bandaraya yang berjaya ditangkap, wang sebanyak RM1 akan diberikan secara tunai.

“Inisiatif Tangkapan Ikan Pleco (Bandaraya) bermula 1 September sehingga 30 September, RM1 – 1KG ikan,” tulis di ruangan kapsyen.

Kerajaan Selangor peruntuk RM50,000 untuk inisiatif ini

Sementara itu, Exco Infrastruktur dan Pertaian Selangor, Ir Izhan Hashim berkata, kerajaan Selangor telah memperuntukkan sebanyak RM50,000 sebagai insentif usaha menangkap ikan bandaraya ini.

“Untuk kos-kos peralatan seperti jala, kita sudah ada bajet. Kita tumpukan di sini (Denai Kebangsaan) dahulu. Kalau ada benda yang perlu diperbaiki kita akan perluaskan selepas itu.

“Sambutan yang saya terima daripada media sosial, panggilan telefon dan sebagainya memang sangat memberangsangkan. Sekiranya berterusan, saya yakin kita boleh mengurangkan dan kita nak hapuskan terus (ikan bandaraya),” katanya dipetik Berita Harian pada 1 September lalu.

Ikan pleco yang ditangkap akan diproses menjadi baja kompos dan makanan ternakan

Menurutnya, tangkapan ikan terbabit akan diproses menjadi baja kompos dan juga makanan untuk ternakan.

“Kualiti ikan sangat tinggi ini apabila dijadikan baja kerana kandungan nitrogen, fosforus dan kalium (NPK) yang luar biasa. NPK ini adalah perkara yang penting dalam pembajaan. Potensi itu ada. Sangat baik untuk kita komersialkan ikan ni.

“Saya yakin dengan gandingan aspek komersial dan insentif bilangan ikan ini kita boleh kawal,” katanya.

Inisiatif terbabit untuk beri kesedaran tentang ancaman ikan bandaraya

Jelasnya lagi, inisiatif ini dilakukan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat yang selama ini menganggap ikan terbabit tidak mempunyai ancaman.

“Ikan ini memang tidak mengancam dan tidak memakan ikan lain tetapi dia mengawal makanan, menyebabkan ikan lain terpaksa berebut untuk mencari makanan.

“Dia (ikan bandaraya) akan menang kerana tidak mempunyai pemangsa dan tahan lasak. Dalam persekitaran macam mana pun ia boleh bertahan dan kajian membuktikan jangka hayatnya melebihi 15 tahun. Kita perlukan kerjasama semua pihak, bukan sahaja agensi kerajaan tetapi badan bukan kerajaan (NGO),” katanya lagi.

Menurutnya lagi, selepas populasi ikan bandaraya di Denai Kebangsaan dikurangkan, benih ikan-ikan tempatan pula akan dilepaskan untuk meningkatkan kembali kualiti air.

Ramai tertarik dengan inisiatif tangkap ikan bandaraya

Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial tertarik dengan inisiatif berkenaan.

Mereka turut bersetuju dengan inisiatif terbabit demi menjaga ekosistem sungai daripada dirosakkan oleh ikan-ikan asing.

Baca Artikel Berkaitan: “Satu Rekod Baru” – Usaha Kumpulan Sukarelawan Tangkap Ikan Bandaraya Raih Pujian

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.