fbpx
Now Reading
MBDK Tepis Dakwaan Taman Kucing Klang Dibiarkan Tidak Terjaga

MBDK Tepis Dakwaan Taman Kucing Klang Dibiarkan Tidak Terjaga

Majlis Bandaraya Diraja Klang menafikan dakwaan bahawa Taman Kucing Klang tidak terjaga sehingga berlaku penindasan, pengabaian dan penganiayaan terhadap haiwan di sana.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ramai pasti bersetuju kalau kami katakan kebanyakan rakyat Malaysia adalah pencinta kucing.

Apabila terjumpa kucing jalanan yang kelihatan lapar dan dahaga, pasti masyarakat akan bermurah hati untuk memberikan makanan kepada mereka. Tak sampai hati dengar si bulus ini ‘meow’ lama-lama kan?

Demi menjaga kucing-kucing terbiar ini, satu lokasi yang diberi nama Taman Kucing Klang telah dibina. Tetapi baru-baru ini ia tular selepas terdapat dakwaan fasiliti di situ tidak dijaga dengan baik.

Individu Dakwa Taman Kucing Klang Tidak Dipelihara Dengan Baik

Menerusi hantaran dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook (Edwin Seng), inidividu ini berkongsi pengalamannya ketika berkunjung ke Taman Kucing Klang yang dikendalikan oleh Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK).

Namun, pengalamannya itu dikatakan kurang memuaskan selepas melihat keadaan lokasi terbabit yang didakwa tidak dipelihara dengan baik termasuklah kebajikan haiwan di sana.

Dakwanya ketika berkunjung pada 31 Ogos lalu, lokasi taman tersebut yang baru sahaja dibuka kurang dari tempoh dua minggu tidak efektif malah semua kucing diletakkan dalam satu kawasan sama.

Sumber: Facebook Edwin Seng

“Tempat perlindungan dibina dengan pengudaraan semula jadi tetapi tiada penebat pada bumbung dan ia menjadikannya sangat panas untuk kucing. Terlalu banyak kucing terbiar dikurung dalam satu tempat sama,” katanya.

Bukan itu sahaja, lelaki tersebut turut mendakwa bahawa kucing-kucing di sana tidak diberikan pemeriksaan kesihatan bagi memastikan mereka tidak menyebarkan penyakit kepada si bulus yang lain.

“Mereka seperti tidak menjalani sebarang pemeriksaan kesihatan. Kami melihat beberapa kucing sedang sakit, seekor anak kucing mati di dalam. Makanan sukar diakses, kotak sampah tidak dibersihkan dan kotor,” jelas Edwin.

Sumber: Facebook Edwin Seng

Pengguna Facebook itu turut mendakwa terdapat enam ekor kucing yang sudah mati dalam tempoh 1.5 minggu sejak pembukaan Taman Kucing Klang pada 18 Ogos 2024.

Melihat keadaan tersebut, individu ini mempersoalkan tanggungjawab pihak terlibat yang sepatutnya menjaga Taman Kucing Klang berkenaan.

Majlis Bandaraya Diraja Klang Nafi Dakwaan Taman Kucing Klang Tidak Dijaga Dengan Baik

Terbaharu, pihak MBDK telah mengeluarkan satu kenyataan menerusi hantaran dimuat naik di laman Facebook.

MBDK dalam kenyataannya menafikan dakwaan bahawa Taman Kucing Klang tidak terjaga sehingga berlaku penindasan, pengabaian dan penganiayaan terhadap haiwan di sana.

Sumber: Facebook Majlis Bandar Diraja Klang

Datuk Bandar Klang Tpr Datin Paduka Noraini Roslan berkata pihak mereka memandang serius terhadap dakwaan berkenaan.

Susulan itu, beliau segera mengadakan tinjauan dan berpuas hati dengan tahap kebersihan dan keselesaan di lokasi itu.

Bagi menambah baik keadaan di Taman Kucing Klang itu, beliau dengan kerjasama pemaju, Sime Darby Sdn Bhd akan melakukan penambahbaikan bagi menjamin keselesaan kucing-kucing di sana terutamanya melibatkan isu cuaca panas.

Sumber: Facebook Majlis Bandar Diraja Klang

“Saya menghargai keprihatinan orang awam dalam isu ini namun beberapa perkara yang ditularkan adalah tidak benar sama sekali terutama kucing-kucing yang didakwa lapar dan terbiar.

“Malahan dakwaan kematian kucing dalam jumlah yang banyak juga tidak benar dan hanya seekor sahaja yang mati sejak pengoperasian (diletakkan di luar taman oleh individu tidak dikenali) selepas saya sendiri mengadakan tinjauan bersama Sime Darby pagi tadi,” katanya.

Jelas beliau lagi, pihak MPDK akan bersama-sama dengan sukarelawan yang berminat dalam penjagaan kucing selepas melihat sokongan positif yang diberikan oleh masyarakat terhadap kebajikan di Taman Kucing Klang.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.