fbpx
Now Reading
Paralimpik Paris: Cheah Liek Hou Sumbang Emas Pertama Malaysia, Bakal Bawa Pulang RM1 Juta

Paralimpik Paris: Cheah Liek Hou Sumbang Emas Pertama Malaysia, Bakal Bawa Pulang RM1 Juta

Kemenangan ini disifatkan sebagai dendam yang terbalas selepas pemain lawan dari Indonesia, Suryo Nugroho, menewaskan wakil Malaysia, Muhammad Fareez Anuar di pentas separuh akhir.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Lagu Negaraku buat pertama kalinya berkumandang di pentas Paralimpik Paris 2024 apabila Malaysia berjaya meraih pingat emas pertama menerusi jaguh badminton para negara Cheah Liek Hou dalam kategori perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal).

Atlet berusia 36 tahun itu menentang wakil dari Indonesia, Suryo Nugroho, dan memenangi ‘straight set’ 21-13, 21-15 dalam tempoh 45 minit di Porte de La Chapelle Arena semalam (2 September).

Cheah Juara Dunia 8 Kali

Kemenangan ini disifatkan sebagai dendam yang terbalas selepas pemain dari negara jiran itu telah menewaskan wakil Malaysia, Muhammad Fareez Anuar di pentas separuh akhir.

Cheah yang merupakan juara dunia lapan kali menguasai perlawan pada set pertama sehingga menyukarkan Suryo (ranking kelima dunia) untuk mengutip mata.

Dalam set kedua, juara bertahan itu hampir terperangkap apabila Suryo cuba mengubah corak permainan, namun Cheah bangkit semula dan memenangi set dengan mata 21-15.

Cheah Menang 13 Kali Menentang Suryo

Cheah sejak mula dipercayai memiliki kelebihan ke atas Suryo memandangkan dia telah 13 kali menewaskan atlet jiran itu dalam 17 pertemuan.

Malah, kedua-dua atlet dari Asia Tenggara itu telah bertemu di peringkat Kumpulan A dengan Suryo ditewaskan oleh Cheah.

Sebelum tiba di pentas final, Cheah menewaskan pemain Indonesia, Dheva Anrimusthi dalam aksi separuh akhir dengan mata 21-17, 21-17 pada 1 September.

Suryo pula sebelum ini menewaskan Fareez di peringkat separuh akhir dengan mata 21-12, 14-21 dan 21-6.

Cheah Pertahankan Kejuaraan Sejak Paralimpik Tokyo

Kejayaan Cheah ini sekaligus menjadikannya kekal sebagai juara bertahan badminton SU5 di Sukan Paralimpik sejak kemenangannya di Tokyo pada tahun 2020.

Dia juga bakal menerima ganjaran sejumlah RM1 juta di bawah Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM).

Untuk info, Malaysia telah membawa pulang satu emas oleh Cheah dan satu gangsa yang disumbang atlet Eddy Bernard menerusi acara 100 meter (m) lelaki T44 (kecacatan fizikal).

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.