fbpx

PM Saran Syarikat Swasta Contohi Khazanah Nasional, Beri Gaji Minimum RM3000 Kepada Pekerja

Menurut Anwar Ibrahim, langkah Khazanah dalam menetapkan gaji minimum RM3,000 sebulan itu selaras dengan pelarasan gaji penjawat awam yang akan menerima pendapatan bulanan tidak kurang daripada RM2,000.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pengumuman mengenai kenaikan gaji penjawat awam pada 16 Ogos lalu oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim nyata menjadi perhatian ramai.

Ini kerana penyelarasan gaji bagi sektor awam sudah lama tidak dibuat sejak tahun 2013 dan kenaikan tersebut bertepatan dengan bebanan kerja serta keadaan ekonomi semasa.

Bagi sektor swasta pula, majikan masih lagi perlu mengikut penetapan gaji minimum yang ditetapkan sebanyak RM1,500 sebulan.

Baca Artikel Berkaitan: Pelarasan Gaji Penjawat Awam Kumpulan Pelaksana Naik 15% & Pengurusan Tertinggi 7% – PM Anwar Ibrahim

Anwar Saran Syarikat Swasta Contohi Khazanah Nasional

Walau bagaimanapun, Anwar menasihatkan agar syarikat swasta mencontohi Khazanah Nasional Berhad yang memberikan gaji minimum sebanyak RM3,000 sebulan kepada pekerja.

Mengakui kepentingan syarikat swasta dalam merekodkan keuntungan namun beliau berpendapat syarikat swasta perlu ada iltizam bagi menjamin keselesaan pekerja mereka.

“Sebab itu saya ucapkan tahniah setinggi-tingginya kepada Khazanah kerana inilah satu badan yang menetapkan gaji minima bagi setiap pekerja dalam keluarga Khazanah RM3,000 lebih.

 “Saya harap syarikat swasta lainnya belajar dari contoh dan tauladan Khazanah.

“Ya, semua syarikat harus catat keuntungan tapi jangan keuntungan itu diambil ibarat kata seorang pemimpin dari Indonesia, Mohammad Natsir, ‘janganlah sambil membangunkan Gedung, mencatatkan keuntungan, tetapi kita robohkan nilai kehidupan anak-anak bangsa yang bekerja’.

“Biarlah ada sedikit kefahaman tentang apa nilai kemanusiaan dan apa nilai keadilan, ini melangkaui tanggungjawab sosial koporat (CSR) yang dilaksanakan oleh Khazanah,” katanya.

Langkah Khazanah Selaras Dengan Pelarasan Gaji Penjawat Awam

Anwar yang juga Menteri Kewangan menjelaskan langkah Khazanah dalam menetapkan gaji minimum RM3,000 sebulan itu selaras dengan pelarasan gaji penjawat awam yang akan menerima pendapatan bulanan tidak kurang daripada RM2,000.

Terdahulu, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menjelaskan gaji minimum RM1,500 kepada pekerja tidak lagi relevan apatah lagi bagi menampung kos sara hidup di bandar besar seperti Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor Bahru.

Menurut Presiden MTUC Mohd Effendy Abdul Ghani, kerajaan perlu mempercepatkan kajian semakan semula kadar gaji minimum menerusi Perintah Gaji Minimum (PGM) tanpa perlu menunggu tempoh sehingga setiap dua tahun untuk dinilai semula.

Malah, dia berpendapat gaji minimum perlu disesuaikan dengan kadar inflasi, peningkatan harga barang semasa serta perkhidmatan dari semasa ke semasa.

Jelasnya, ia penting dalam memastikan kesejahteraan pekerja seimbang dengan kos hidup setempat.

“Kos sara hidup di bandar besar antaranya Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru adalah jauh lebih tinggi berbanding kawasan luar bandar.

“Dalam konteks ini, gaji minimum RM1,500 tidak mencukupi untuk menampung keperluan asas seperti perumahan, makanan, dan pengangkutan, terutamanya bagi mereka yang mempunyai tanggungan keluarga.

“Ini menyebabkan ramai pekerja di bandar besar terpaksa mengurangkan perbelanjaan penting atau mencari sumber pendapatan tambahan bagi memenuhi keperluan harian mereka,” katanya yang dipetik daripada Berita Harian.

Pada masa kini, gaji minimum mengikut penetapan PGM ditetapkan pada kadar RM1500 pada Mei 2022 berbanding RM1200.

Baca Artikel Berkaitan: ‘Bukannya RM1,500’- UNICEF Cadang Gaji Minimum RM2,102 Sebulan

Baca Artikel Berkaitan: Ranking Gaji Minimum: Malaysia Di Tangga Ke-59 Dengan RM1,323 Sebulan

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.