fbpx
Now Reading
Taman Tasik Seksyen 7 Di Shah Alam Ditutup Untuk Operasi Tangkap Buaya

Taman Tasik Seksyen 7 Di Shah Alam Ditutup Untuk Operasi Tangkap Buaya

Menurut MBSA penutupan taman rekreasi itu bermula malam ini jam 8 malam sehingga 7 pagi atau sehingga operasi penangkapan buaya selesai dilakukan Perhilitan Selangor.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini, tular di media sosial apabila terdapat dakwaan yang memberitahu terdapat kelibat seekor buaya yang berada di Tasik Shah Alam Seksyen 7, Selangor.

Susulan itu, semalam (3 September), Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dalam satu hantaran di Facebook telah meminta orang ramai untuk berhati-hati semasa beriadah di Tasik Shah Alam Seksyen 7.

Malah pihak MBSA melalui Jabatan Kesihatan Persekitaran bersalam Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) mengambil maklum berhubung perkara tersebut dan akan mengambil tindakan lanjut.

Baca artikel berkaitan: Kelibat Buaya Di Tasik Shah Alam, MBSA Minta Orang Ramai Berhati-hati

Kawasan rekreasi Taman Tasik Seksyen 7, Shah Alam ditutup untuk operasi tangkap buaya

Terbaharu, kawasan rekreasi itu terpaksa ditutup untuk sementara waktu bermula malam ini (4 September) untuk tujuan operasi penangkapan haiwan reptilia berkenaan.

Penutupan Taman Tasik itu akan dibuat bermula jam 8 malam sehingga 7 pagi atau sehingga operasi penangkapan buaya tersebut selesai dilakukan oleh pihak Perhilitan Selangor.

Aktiviti jogging dan memancing tak dibenarkan

Jelas Pengarah Korporat MBSA, Mohd. Azhar Mohd. Sharif penutupan kawasan rekreasi riadah itu adalah untuk aktiviti seperti berjoging dan memancing adalah tidak dibenarkan sama sekali.

“Kesemua langkah ini diambil bagi memastikan keadaan sekeliling yang lebih sunyi semasa operasi tersebut. Pada masa sama memastikan keselamatan orang awam di kawasan tersebut bagi mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini,” ujarnya, dipetik Kosmo.

Walau bagaimanapun, aktiviti perniaga seperti gerai makanan masih boleh beroperasi sehingga jam 7 petang.

2 perangkap telah dipasang untuk menangkap buaya tersebut

Tambahnya lagi, sebanyak dua perangkap di tasik terbabit telah dipasang untuk menjalankan operasi pengakapan haiwan reptilia terbabit. Oleh itu, bagi mengelakkan buaya dari terlepas pihak MBSA akan memasang jaring di lima saluran air.

Pada jam 5 petang, semalam (3 September) pihak Perhilitan telah berjaya merakam imej buaya menggunakan dron sekitar jam 5 petang, semalam (3 September).

Malah haiwan itu didapati timbul di permukaan di kawasan tengah tasik selama lebih seminit sebelum tenggelam ke dalam air.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.