“Saya Dikecam Orang Cakap Saya Fitnah Ebit Lew, Orang Tak Percaya Apa Saya Cakap” – Pengadu
Pengadu memberitahu perkara itu di Mahkamah Majistret Tenom semasa sesi pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya, Zahida Zakaria pada semalam (4 September).
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Umum mengetahui aktivis dan pendakwah terkenal, Ebit Lew sedang berdepan pertuduhan gangguan seksual.
Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim berhadapan dengan 11 pertuduhan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana didakwa membuat gangguan antaranya seperti menghantar gambar dan perkataan lucah yang membawa maksud mengaibkan kehormatan wanita.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu menerusi aplikasi WhatsApp sekitar Mac dan Jun pada tahun 2021.
Perbicaraan yang berlangsung mencuri tumpuan selepas saksi kesembilan membuat pendedahan terlalu meminta, malah terpaksa menghantar gambar payudara tanpa rela.
Baca Artikel Berkaitan: Saksi Dedah Ebit Lew Terlalu Meminta, Hantar Gambar Payudara Tanpa Rela
Saksi kesembilan dakwa diri dikecam kerana fitnah Ebit Lew
Terbaharu, saksi kesembilan yang juga pengadu kes terbabit mendakwa dirinya menjadi mangsa kecaman segelintir warga maya yang menuduhnya telah memfitnah Ebit Lew.
Pengadu memberitahu perkara itu di Mahkamah Majistret Tenom semasa sesi pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya, Zahida Zakaria, pada semalam (4 September).
“Saya dikecam, orang (warga maya) cakap saya fitnah Ebit Lew. Orang tidak percaya apa saya cakap. Malah, mereka menyalahkan saya. Saya baca ramai orang cakap saya fitnah Ebit Lew,” katanya dipetik Utusan.
Dia berkata demikian semasa menjelaskan mengenai maksud jawapannya tidak pasti ketika ditanya peguam bahawa apa sahaja bukti di mahkamah boleh digunakan untuk mencemarkan imejnya.
Pengadu jawap ‘ya’ kerana keliru dengan soalan peguam bela
Dalam pada itu, pengadu juga memberitahu bahawa dia menjawab ‘ya’ kepada soalan peguam bela semasa ditanya apa sahaja bukti di mahkamah akan memberi kesan kepadanya sebagai seorang isteri kerana dia keliru dengan soalan tersebut.
“Saya jawab ya sebab apa yang saya buat itu iaitu terikut cakap Ebit Lew. Saya rasa saya berdosa sebagai seorang isteri. Ebit memanipulasi saya sampai saya terikut permintaan dia,” katanya.
Pengadu percaya Ebit Lew kerana berfikir dia benar-benar ustaz yang baik
Menurutnya, dia percaya dengan Ebit Lew kerana berfikir bahawa pendakwah terbabit benar-benar ustaz yang baik, namun dia telah tersilap.
“Saya silap sebab saya fikir bila berjumpa dengan Ebit Lew hubungan kekeluargaan saya bertambah baik tapi, apa yang Ebit buat sama sekali saya tidak terfikir, seorang pendakwah sanggup buat begitu,” katanya.
Menurutnya lagi, dia mula menghubungi Ebit Lew melalui Instagram atas dasar percaya Ebit adalah seorang pendakwah dan pakar motivasi bagi Program Keluarga Sunnah.
“Saya cari Ebit Lew untuk selesaikan masalah kekeluargaan saya sebab saya tengok peserta yang ikut program Ebit Lew menunjukkan mereka mengamalkan sunah dalam keluarga. Jadi, saya mahu tambah baik hubungan kekeluargaan saya,” ujarnya lagi.
Baca Artikel Berkaitan: