Hanya 25.7% Rakyat Malaysia Terima Rawatan Gigi Tahun Lepas – KKM
Menurut KKM, rekod itu menunjukkan keperluan untuk mempergiatkan usaha meningkatkan status kesihatan pergigian di Malaysia.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Gigi merupakan antara bahagian pada tubuh badan yang penting dan perlu dijaga agar sentiasa berada dalam keadaan yang sihat.
Ini kerana, gigi bukan hanya membantu untuk menggigit dan menguyah sesuatu makanan, ia juga memainkan peranan penting semasa bercakap serta menyokong banyak aspek struktur wajah seseorang.
Maka tidak hairanlah jika di Malaysia aspek penjagaan gigi ini telah ditekankan kepada rakyat sejak sekolah rendah lagi dengan adanya rawatan gigi percuma serta program cara memberus gigi dengan betul.
Hanya 25.7% rakyat Malaysia terima rawatan pergigian
Bagaimanapun, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi satu kenyataan hari ini (6 September) mendedahkan bahawa hanya 25.7% rakyat di negara ini yang menerima rawatan pergigian dalam tahun lalu.
Menurut KKM, rekod yang diambil berdasarkan Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2023 itu menunjukkan keperluan untuk mempergiat usaha meningkatkan status kesihatan pergigian di Malaysia.
“Usaha penyelidikan berkualiti tinggi adalah komponen penting dalam usaha ini.
“Bagi menyokong keperluan meningkatkan status kesihatan pergigian, KKM memperkenalkan inisiatif 1 Individu: 1 Rekod Pergigian dalam memperkasakan individu dengan memberikan akses kepada rekod pergigian mereka melalui aplikasi MySejahtera,” katanya.
3rd NOHRI jadi platform penting memperkasa perkhidmatan kesihatan pergigian
Kenyataan itu dikeluarkan sempena Persidangan Inisiatif Penyelidikan Kesihatan Mulut Nasional Ketiga 2024 (3rd NOHRI) yang dianjurkan hari ini.
Ia sebagai platform penting memperkasakan perkhidmatan kesihatan pergigian melalui penyelidikan dan pendekatan inovatif berdasarkan data.
Jawatankuasa ini terdiri daripada profesional pergigian dari pelbagai agensi memainkan peranan penting dalam mengenal pasti keutamaan penyelidikan dalam bidang kesihatan mulut dan menyelia agenda penyelidikan kesihatan mulut yang lebih berkesan di Malaysia.
Menurut KKM lagi, data status kesihatan mulut daripada Sistem Maklumat Pergigian (DIS) telah disepadukan ke dalam aplikasi MySejahtera, mewujudkan Rekod Kesihatan Sepanjang Hayat (LHR) yang komprehensif.
Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia
— KKMalaysia🇲🇾🩺❤️ (@KKMPutrajaya) September 6, 2024
Persidangan Inisiatif Penyelidikan Kesihatan Mulut Nasional Ketiga 2024 (3rd NOHRI) pic.twitter.com/WKDp7P3xki