fbpx
Now Reading
2 Pekerja Pembinaan Maut Tertimbus Runtuhan Tanah Ketika Kerja Korek Longkang

2 Pekerja Pembinaan Maut Tertimbus Runtuhan Tanah Ketika Kerja Korek Longkang

Menurut Pengarah JBPM, Wan Md Razali Wan Ismail mangsa adalah warga Bangladesh yang berusia 30 dan 25 tahun.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dua lelaki yang juga pekerja pembinaan dilaporkan maut selepas tertimbus dalam satu kejadian runtuhan tanah pada pagi tadi (9 September).

Mangsa dilaporkan tertimbuskan sewaktu sedang melakukan kerja pengorekan longkang di tapak pembinaan Elmina Ridge yang terletak di Seksyen U15, Shah Alam.

Mangsa adalah warga Bangladesh berusia 25 dan 30 tahun

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Wan Md Razali Wan Ismail pihaknya menerima panggilan berkaitan insiden tersebut pada 10.29 pagi.

Ujarnya, sepasukan pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Jelutong telah bergegas ke tempat kejadian dan mendapati dua mangsa berkenaan merupakan warga Bangladesh berumur 30 dan 25 tahun.

Tertimbus dalam runtuhan tanah dan konkrit

“Mangsa tertimbus dalam runtuhan tanah dan konkrit ‘culvert U box’ semasa melakukan kerja pembinaan longkang. Mangsa pertama dikeluarkan jam 11.12 pagi, mangsa kedua pada jam 11.35 pagi,” jelasnya, lapor Berita Harian.

Difahamkan, mayat kedua mangsa terbabit ketika ini masih lagi di lokasi insiden serta akan diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan lanjut.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.