fbpx

“Besinya Agak Tebal” – Bomba Potong Cincin Tersekat Pada Kemaluan Lelaki

Menurut Ketua BBP Ipoh, operasi potong cincin pada alat sulit yang berlangsung di Unit Kecemasan HRPB itu mengambil masa 15 minit kerana mengalami sedikit kesukaran.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak dinafikan, di dunia ini terdapat pelbagai sikap atau tindakan pelik manusia dalam mencari keseronokan atau ingin mencuba sesuatu yang baru.

Ada yang sanggup memanjat bangunan yang tinggi demi kepuasan diri dan ada juga yang sanggup memasuki gua yang sempit untuk meneroka sesuatu yang belum pernah dilakukan oleh individu lain.

Pun begitu, terkadang tindakan-tindakan ini boleh membawa padah sekali gus menyusahkan pihak lain yang terpaksa memberi bantuan.

Khidmat bomba terpaksa digunakan nak potong cincin sangkut di kemaluan lelaki

Baru-baru ini, sebuah hospital di Ipoh, Perak terpaksa menghubungi bomba bagi mendapatkan bantuan khas memotong cincin besi yang tersangkut pada kemaluan seorang lelaki.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku pada pagi semalam (8 September) di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh, Azman Hussin berkata, panggilan diterima daripada pihak hospital jam 9.14 pagi sewaktu pihak hospital sedang berusaha mengeluarkan cincin dari kemaluan lelaki berusia 37 tahun itu.

Operasi ambil masa 15 minit, besi pada cincin terbabit agak tebal

Menurutnya, operasi yang berlangsung di Unit Kecemasan HRPB itu mengambil masa 15 minit kerana mengalami sedikit kesukaran.

“Panggilan khidmat khas bantuan itu diterima daripada pihak HRPB bagi memotong cincin pada alat sulit lelaki itu. Setiba di lokasi didapati seorang lelaki tersangkut cincin besi pada kemaluannya.

“Bomba mengambil masa 15 minit untuk memotong cincin itu menggunakan peralatan khas kerana besinya agak tebal,” katanya dipetik Berita Harian.

Menurutnya lagi, dua anggota bomba dikejarkan untuk operasi memotong cincin berkenaan yang tamat jam 10.12 pagi tadi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.