fbpx
Now Reading
Boleh Berehat & Bersihkan Diri, Peserta RXZ Members Dijemput Singgah Ke Masjid Al-Abrar

Boleh Berehat & Bersihkan Diri, Peserta RXZ Members Dijemput Singgah Ke Masjid Al-Abrar

Pihak masjid juga memberi jaminan kepada orang ramai supaya tidak bimbang mengenai soal keselamatan di dalam rumah Allah yang terletak di Kuala Nerus itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Peserta RXZ Members 6.0 dijemput singgah ke Masjid Al-Abrar Bukit Tok Beng, Kuala Nerus kerana ia dibuka sepanjang masa kepada orang ramai.

Difahamkan, para peserta acara permotoran terbesar di Malaysia itu boleh berehat serta membersihkan diri di masjid berkenaan selepas menempuh perjalanan yang jauh.

Pengerusi Masjid Al-Abrar, Profesor Madya Dr Mohd Shafiee Hamzah berkata, pihaknya juga menyediakan makanan tengah hari percuma kepada orang ramai selepas solat Zuhur pada Sabtu ini (14 September).

Nak tarik minat anak muda hadirkan diri ke masjid

Menurutnya, usaha itu bertujuan untuk menarik minat anak muda menghadiri rumah Allah selain mengimarahkan pelbagai aktiviti diadakan di masjid.

“Kami dari pihak jawatankuasa masjid sangat mengalu-alukan kehadiran semua peserta RXZ Members dari seluruh negara untuk ziarah dan mengimarahkan masjid di sini.

“Pelbagai kemudahan disediakan di masjid ini kepada orang ramai, antaranya kawasan parkir luas serta tandas dan bilik mandi yang selesa.

“Selain itu, masjid ini mempunyai beranda yang luas di mana ia memberi keselesaan kepada tetamu yang hadir untuk iktikaf, berehat serta melelapkan mata selepas menempuh perjalanan jauh,” katanya dipetik Sinar Harian.

Pihak masjid beri jaminan soal keselamatan, tak perlu bimbang ada pengawal keselamatan

Menurutnya lagi, orang ramai juga tidak perlu bimbang kerana pihak masjid memberi jaminan tentang keselamatan di dalam rumah ibadah itu memandangkan aspek tersebut sentiasa menjadi keutamaan mereka.

Jelasnya, terdapat pengawal keselamatan di masjid yang sentiasa melakukan pemantauan bagi menjaga keselamatan.

“Berhubung soal berehat dan tidur di masjid, orang ramai tak perlu risau kerana kami tidak pernah melarang atau memarahi sesiapa untuk berehat atau tidur di masjid.

“Malah di masjid ini ada dua beranda besar di kanan dan kiri masjid yang dilengkapi kipas angin serta mozek yang sejuk untuk anda semua berehat dan melelapkan mata selepas penat menempuh perjalanan jauh,” ujarnya.

Bilik mandi disediakan untuk pengunjung bersihkan badan

Selain itu, beliau berkata bilik mandi juga disediakan kepada pengunjung bagi membersihkan badan demi keselesaan untuk beribadah.

“Jadi kami menjemput peserta RXZ Members yang datang dari jauh secara beramai-ramai singgah ke Masjid Al-Abrar, Bukit Tok Beng untuk solat berjemaah bersama dan melakukan aktiviti yang disediakan di sini termasuk makan makanan tengah hari percuma disediakan.

“Inilah adab Islam dalam meraikan tetamu serta menarik anak muda mengimarahkan rumah ALLAH,” katanya lagi.

RXZ Members 6.0 akan bermula Jumaat ini!

Sekadar info, acara permotoran yang menghimpunkan peminat dua roda dari serata negeri itu, RXZMembers 6.0 akan berlangsung pada Jumaat dan Sabtu ini (13-14 September).

Acara tersebut akan berlangsung di Terengganu International Drag Strip Gong Badak, Kuala Terengganu.

Bersempena dengan program itu juga, polis akan menambah sekatan jalan raya di Kuala Nerus dan sekitar kawasan program RXZ Members 6.0.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.