fbpx
Now Reading
Polis Serbu Rumah Amal Milik GISBH, Kanak-Kanak Didakwa Diajar Meliwat & Diliwat

Polis Serbu Rumah Amal Milik GISBH, Kanak-Kanak Didakwa Diajar Meliwat & Diliwat

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menerusi risikan dan keterangan mangsa-mangsa diajar meliwat dan seterusnya mangsa diliwat oleh penjaga serta dipaksa meliwat penghuni lain.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini, tular beberapa video di media sosial yang mendakwa sebuah organisasi dan syarikat Global Ikhwan Services and Business Holdings Sdn. Bhd (GISBH) terbabit dalam ajaran sesat.

Selain itu mereka juga didakwa terlibat dalam jenayah mengeksploitasi kanak-kanak dan perkara itu secara tidak langsung menarik perhatian pihak berkuasa seperti polis dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Walau bagaimanapun, pihak GISBH menafikan segala dakwaan dan memaklumkan akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada polis serta Jakim bagi memastikan isu tersebut diselesaikan .

BACA ARTIKEL BERKAITAN: GISBH Nafi Terlibat Ajaran Sesat, Akan Beri Kerjasama Kepada Polis & Jakim

Polis serbu rumah amal GISBH di Selangor dan Negeri Sembilan

Terbaharu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan pihak polis telah mula melakukan siasatan dan serbuan di premis GISBH.

Serbuan dilakukan menerusi Op Global dijalankan di premis GISBH di sekitar kawasan Selangor serta Negeri Sembilan pada jam 6 pagi sehingga 11 pagi, semalam (11 September).

Jelasnya serbuan itu dijalankan selepas pihak polis menerima laporan pada 2 September yang lepas berkaitan dakwaan pengabaian kanak-kanak, amang seksual dan perbuatan cabul terhadap kanak-kanak di kediaman penjagaan yang dipercayai kepunyaan GISBH di Negeri Sembilan dan Selangor.

Seramai 402 kanak-kanak diselamatkan dari rumah amal berkenaan

Susulan itu, dalam serbuan berkenaan seramai 402 kanak-kanak telah berjaya diselamatkan.

“Hasil serbuan (11 September), kita berjaya menyelamatkan 402 kanak-kanak berusia antara tujuh bulan hingga 17 tahun.

“Sebanyak 18 premis dipercayai milik GISBH diserbu dan seramai 171 suspek berusia antara 17 hingga 64 tahun berjaya kita tahan,” ujarnya, dipetik MalaysiaKini.

Kata beliau lagi, Op Global yang dijalankan itu membabitkan seramai 705 pegawai serta anggota polis dan turut dibantu 287 kakitangan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kementerian Kesihatan serta Jabatan Kimia.

Syarikat itu sebelum ini dipercayai ditubuhkan oleh bekas ahli-ahli kumpulan Al-Arqam yang sudah diharamkan oleh kerajaan. Namun pihak syarikat tersebut beberapa kali menafikan perkara terbabit dan mengatakan mereka tiada kaitan.

Ajar kanak-kanak meliwat adalah antara modus operandi – KPN

Dakwa Razarudin, antara modus operandi yang dibuat oleh kumpulan berkenaan termasuk mengajar kanak-kanak cara meliwat.

“Daripada risikan dan keterangan yang kita dapat, modus operandi GISBH ini, mangsa-mangsa diajar meliwat dan seterusnya mangsa diliwat oleh penjaga dan dipaksa meliwat penghuni kanak-kanak yang lain.

“Ini daripada risikan dan percakapan awal yang kita telah rakam,” kata beliau lagi.

Foto: PDRM

Guna sentimen agama untuk raih simpati, mangsa yang sakit tak dibenarkan terima rawatan

Selain itu, menurutnya mereka turut menggunakan sentimen agama bagi mendapatkan rasa simpati untuk mendapatkan sumbangan.

Mangsa yang sakit juga tak dibenarkan menerima rawatan sehinggalah mereka dalam keadaan kritikal.

Penjaga rumah guna objek yang dipanaskan untuk cederakan mangsa

“Penjaga rumah amal juga didakwa menggunakan objek dipanaskan untuk mencederakan mangsa sebagai hukuman atas keasalahan dilakukan.

“Selain itu, bahagian tubuh mangsa disentuh oleh penjaga kononnya untuk tujuan perubatan Islam.”

Syarikat itu disiasat di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611), Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Akta 670).

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.