Lotus’s Ingin Bantu Rakyat Malaysia Berjimat, Turun Harga Lebih 90 Item!
Lotus’s berusaha untuk memberikan nilai yang hebat setiap hari dan dengan harga baharu ini, pelanggan boleh menikmati diskaun sehingga 50 peratus untuk barangan terpilih.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Lotuss Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Lotus’s Malaysia) menurunkan harga untuk lebih dari 90 jenis barangan harian yang disukai ramai di 69 cawanganya mulai hari ini hingga hujung tahun 2024!
Pengguna akan menikmati penjimatan barangan harian kegemaran seperti nasi, minyak masak, susu, yogurt, paha ayam penuh, sotong, sayur-sayuran, makanan ringan, pelembut, peralatan dapur elektrik dan banyak lagi.
Penjimatan Hebat Hanya di Lotus’s
Untuk info, Lotus’s telah melabur kira-kira RM7 juta untuk memberikan pelanggan nilai terbaik. Pengurangan harga ini secara kolektif akan memberikan penjimatan yang lebih besar kepada pengguna. Secara rutin Lotus’s melaraskan harganya untuk memastikan ia berdaya saing dalam pasaran.
Pengurangan harga baharu ini adalah di atas harga rendah harian Lotus’s.
“Kami tahu rakyat Malaysia berasa tertekan untuk menggunakan bajet yang mereka ada secara terbaik, dan kami di sini ingin membantu mereka meregangkan ringgit mereka dengan lebih lagi.
“Kami semua di Lotus’s telah berusaha untuk memberikan nilai yang hebat setiap hari, dan dengan harga baharu ini, pelanggan boleh menikmati diskaun sehingga 50 peratus untuk barangan terpilih. Rangkaian produk juga akan ditukar setiap bulan, memberikan pelanggan pilihan yang pelbagai,” jelas Lee May Li selaku Pengarah Komersial Lotus’s Malaysia.
Harga baharu akan dipamerkan dalam stor dan di Lotus’s Shop Online dengan tag merah yang jelas kelihatan – Harga Hangat!
Dan, ahli Lotus’s juga boleh menikmati lebih banyak penjimatan dengan mengumpul mata ganjaran My Lotus’s dan semasa membuat pembayaran.