fbpx

Rokok Haram, Nak Letak Di Bahagian Mana Terpulang – Mufti Kelantan

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang telah bersidang pada 23 Mac 1995 telah memutuskan merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudaratan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak dua minggu lalu, isu halal menjadi antara topik hangat yang sering dibincangkan di media sosial.

Selain daripada perdebatan mengenai cadangan mewajibkan setiap premis makanan memohon sijil halal, isu lain adalah mengenai penempatan rokok di bahagian jualan.

Ini kerana pada 6 Sepetember lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar juga memaklumkan ada cadangan untuk meletakkan rokok di bahagian tidak halal.

Ia berikutan barang tersebut pernah difatwakan haram sejak tahun 1995. Jelas Dr Mohd Na’im, pihaknya akan berbincang dengan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali mengenai perkara itu.

Terpulang Mahu Letak Di Bahagian Mana

Terbaharu, Mufti Kelantan Sahibus Samahah Datuk Mohamad Shukri Mohamad berpendapat beliau tidak melihat wujud sebarang masalah untuk meletakkan rokok di mana-mana seksyen jualan kerana fatwa mengenai bahan itu sudah jelas.

“Fatwa telah keluarkan merokok itu haram, tapi dari segi pengurusan pentadbiran itu kita terserah kepada pihak pengurusan dan pentadbiran untuk melaksanakan (pengharaman rokok).

“Nak letak bahagian mana (penjualan) rokok terpulanglah,” katanya yang dipetik daripada Malaysiakini.

Tabiat Merokok Boleh Dikekang Jika Ada Pelaksanaan Dari Pihak Kerajaan

Tambah Mohamad Shukri, tabiat merokok boleh dihalang dengan lebih baik sekiranya terdapat pelasanaan daripada pihak pengurusan dan pentadbiran kerajaan berbanding hanya pengeluaran fatwa.

“Majlis fatwa hanya mengeluarkan fatwa rokok haram, (tapi) bukan bahagian fatwa yang ambil tindakan.

“Jadi nak letak kategori mana (penjualan rokok) terserah kepada pihak pentadbiran,” katanya lagi.

Info Tentang Status Pengharaman Rokok

Sekadar info, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang telah bersidang pada 23 Mac 1995 telah memutuskan merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudaratan.

Pengharaman itu dibuat berdasarkan tiga faktor utama seperti berikut:

  1. Merokok membahayakan Kesihatan diri perokok itu sendiri
  2. Merokok mendatangkan kemudaratan kepada orang di sekeliling yang terpaksa menghidu bau asap rokok berkenaan
  3. Sikap merokok itu sendiri yang menjurus kepada proses pembaziran wang, masa dan tenaga serta merugikan perokok yang menggunanya

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.