‘Abang Bas’ Dibebaskan Selepas Diikat Jamin RM40,000, Diwakili Peguam Pensil [Video]
“Saya janji bawa dia (Abang Bas) balik, saya bawa,” kata peguam Datuk Ahmad Zaharil.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sebelum ini, kes membabitkan ‘Abang Bas’ telah menarik perhatian ramai apabila dia dilihat memuat naik konten mengenai murid sekolah dengan kapsyen yang tidak sesuai untuk golongan kanak-kanak bawah umur.
Malah perkara itu juga turut membuatkan ramai curiga sehingga dia akhirnya ditahan dan didakwa atas pertuduhan melakukan amang seksual kanak-kanak dan membuat hantaran jelik.
Dia kemudiannya dihadapkan ke mahkamah dan mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Buat Konten ‘Crush’ Dengan Pelajar, Abang Bas Mengaku Tak Bersalah
Abang Bas sudah dibebaskan dengan bayar ikat jamin RM40,000
Hari ini (17 September) Abang Bas dibebaskan selepas membayar ikat jamin RM40,000 di Kompleks Mahkamah Muar.
Proses membayar jaminan itu turut diwakili oleh peguam terkenal iaitu Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar atau turut dikenali sebagai peguam pensil, dan ianya selesai sekitar 11.50 pagi.
Sebaik selesai melakukan bayaran jaminan ke atas Abang Bas yang berusia 24 tahun, peguam tersebut turut membawa lelaki berkenaan berjumpa ibu, ayah serta keluarga yang menunggunya sejak awal pagi tadi.
Abang Bas peluk erat ibu bapa selepas selesai bayar ikat jamin
Selain itu, suasana di mahkamah juga bertukar hiba, Abang Bas turut dilihat memeluk erat ibu serta bapanya dan mereka juga bersyukur atas pembebasan anaknya itu.
Sementara itu Ahmad Zahiril memberitahu, lelaki yang merupakan anak bongsu dari enam adik beradik itu berhak untuk mendapatkan keadilan di saluran yang betul melalui perundangan di mahkamah.
“Saya fikir ia tidak adil, awak tidak kenal pun ‘dia’ tetapi bagi komen macam cerdik pandai sedangkan ‘dia’ (Abang Bas) tiada peluang untuk membela diri ketika itu.
“Perkara pertama saya minta ‘Abang Bas’ bertenang dan kami akan mengemukakan rayuan untuk mengurangkan ikat jamin yang dikenakan dan mendapatkan semula bas yang disita,” ujarnya, dipetik Sinar Harian.
Pimpin tangan Abang Bas selepas bayar ikat jamin
Menerusi video yang turut dikongsikan oleh Sinar Harian, kelihatan peguam Ahmad Zahiril turut memimpin tangan lelaki terbabit ketika berada di mahkamah.
“Saya janji bawa dia balik, saya bawa,” ujarnya dalam video terbabit.
'Saya janji bawa dia balik, saya bawa,' – Peguam abang bas
— SinarHarian (@SinarOnline) September 17, 2024
Peguam Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar memegang tangan 'Abang Bas' selepas bayaran jamin RM40,000 selesai di Mahkamah Muar, pada tengah hari Selasa, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin
'Saya janji saya bawa… pic.twitter.com/sp0i10bSro
Keluarga nak ambil tindakan undang-undang terhadap individu didakwa timbulkan syak wasangka
Dalam pada itu, peguam itu turut memaklumkan keluarga anak guamnya ingin mengambil tindakan undang-undang terhadap individu serta selebriti yang didakwa menimbulkan syak wasangka termasuk mengecamnya sepanjang dia ditahan polis kerana dituduh di mahkamah.
Tindakan itu dilakukan selepas ahli keluarga mendapat kecaman dari orang ramai yang merupakan pengguna media sosial ekoran kes berkenaan.
Walau bagaimanapun, individu tersebut masih boleh memohon maaf kepada keluarga lelaki itu jika tak mahu tindakan terbabit diambil ke atas mereka.
“Semuanya bergantung kepada subjek ahli keluarga, sebab selama ini pelbagai kecaman dibuat di media sosial terhadap ‘Abang Bas’.
“Sudah tentu kita sudah mengenal pasti mereka.. ramai, keluarga mengarahkan mereka (warganet) disaman.
“Pecahlah mana-mana tabung yang ada, kira siap-siap jadi senang nak kira nanti. Selama ditahan, dia dikecam tanpa belas ihsan,” jelasnya, Berita Harian.
Keluarga hubungi Ahmad Zaharil untuk minta bantuan
Terdahulu, Harian Metro melaporkan Ahmad Zaharil ada memaklumkan dia bakal mewakili Abang Bas
Menurut peguam itu, sebelum ini dia telah dihubungi oleh keluarga pemuda itu pada 12 September lalu untuk meminta bantuan dan bersetuju untuk mewakilinya kerana melihat Abang Bas berhak mendapatkan keadilan menerusi saluran yang betul.
Sebagai info, Ahmad Zaharil merupakan peguam probono bagi kes ini. Beliau terkenal kerana banyak membantu Orang Kena Tuduh (OKT) secara percuma.