fbpx
Now Reading
Alif Teega & Aisyah Hijanah Didakwa Salahguna Wang Derma RM1.5 Juta, Mengaku Tak Bersalah

Alif Teega & Aisyah Hijanah Didakwa Salahguna Wang Derma RM1.5 Juta, Mengaku Tak Bersalah

Antara dakwaan salahguna wang derma itu adalah projek infaq kurma, infaq al-Quran di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi serta lain-lain.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Hari ini (23 September) pasangan influencer dan juga usahawan, Mohd Hazalif Mohd Hazani dan isteri Aisyah Hijanah Azhari telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam Terhadap 10 pertuduhan salahguna wang derma bernilai lebih RM1.5 juta.

Pasangan influencer itu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan tersebut dibacakan di hadapan Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud, lapor Buletin TV3.

Didakwa salahguna wang derma untuk pelbagai tujuan

Berdasarkan pertuduhan, Hazalif yang turut dikenali sebagai Alif Teega, 30, dan Aisyah Hijanah, 26, didakwa secara bersama-sama menyalahgunakan wang derma terbabit untuk pelbagai tujuan.

Antara pertuduhan salahguna wang derma adalah untuk:

  • Projek infaq kurma
  • Infaq al-Quran di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi
  • Infaq pek makanan bagi fakir miskin di Mekah dan Madinah
  • Infaq bantuan mangsa banjir di Kelantan serta Terengganu
  • Sedekah set pakaian raya bagi anak yatim.

Kesemua kesalahan itu dibuat di dua tempat berbeza sekitar Mei 2011 hingga Julai 2024.

Dibenarkan ikat jamin RM50,000 berserta syarat

Sewaktu perbicaraan Hakim turut membenarkan Alif dan Aisyah dijamin sebanyak RM50,000 seorang, bersama seorang penjamin untuk setiap seorang serta syarat iaitu serahan pasport. Selain itu, mereka juga perlu melaporkan diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berdekatan setiap sebulan sekali.

Mahkamah kemudian menetapkan 27 November sebagai tarikh sebutan semula kes.

Mengaku tak bersalah salahguna wang infaq RM63,000

Pada 20 September lalu, Alif itu turut mengaku tidak bersalah bagi pertuduhan salahguna wang Infaq lebih RM63,000 pada April serta Jun yang lalu di hadapan Hakim Azura Alwi di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Sebelum ini pada 10 Julai lalu, pasangan influencer itu telah menjadi perhatian seluruh warga media sosial apabila ditahan oleh SPRM.

Penahanan tersebut dilakukan untuk membantu siasatan berhubung dakwaan penyelewengan kutipan derma, mereka bagaimanapun telah dibebaskan pada 16 Julai.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Alif Teega & Aisyah Hijanah Sepatutnya Zip Mulut Tentang Layanan SPRM, Kata Peguam

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.