fbpx
Now Reading
Isu GISBH: Mufti Perlis Terima Ugutan, Suspek Kini Diburu Polis

Isu GISBH: Mufti Perlis Terima Ugutan, Suspek Kini Diburu Polis

Mufti Perlis, Dr Maza dikatakan telah menerima beberapa mesej ugutan melalui aplikasi WhatsApp daripada satu nombor yang tidak dikenali pada Sabtu (21 September) lalu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada Jumaat (20 September) yang lalu, Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis telah memutuskan kepercayaan dan ajaran dalam GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) mengandungi unsur ajaran sesat khususnya batiniah.

Tegas Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, ajaran yang dibawa oleh GISBH merupakan kesinambungan daripada ajaran al-Arqam yang telah difatwakan sesat sebelum ini.

Beliau yang terkenal dengan panggilan Dr Maza turut menjelaskan model ekonomi yang diamalkan oleh GISBH bercanggah dengan prinsip ekonomi Islam dan bukanlah model ekonomi sebenar.

Keputusan itu menjadikan Perlis sebagai negeri pertama yang mengisytiharkan organisasi atau syarikat berkenaan sebagai kumpulan ajaran sesat.

Baca Artikel Berkaitan: Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis Isytihar Ajaran GISBH Sebagai Sesat

Dr Maza Terima Mesej Ugutan Berhubung GISBH

Namun, siapa sangka rentetan daripada kontroversi itu membuatkan Dr Maza menerima mesej berbaur ugutan daripada individu yang tidak dikenali.

Sehubungan itu, polis telah membuka satu kertas siasatan berhubung dakwaan mesej ugutan berkenaan yang dipercayai berkaitan dengan kes GISBH.

Menurut Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain, siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 8.56 pagi pada Sabtu (21 September) lalu ketika Dr Maza berada di pejabatnya yang terletak di Bangunan Dato Mahmud Mat, Kangar, Perlis.

Mufti Perlis itu dikatakan telah menerima beberapa mesej melalui aplikasi WhatsApp daripada satu nombor yang tidak dikenali.

“Terdapat empat pesanan dihantar berkaitan GISBH bahawa perniagaan milik syarikat itu tidak dapat ditandingi dalam negara.

“Bagaimanapun, beliau (Mohd Asri) tidak mengendahkan mesej itu menyebabkan individu terbabit menghantar mesej berbaur provokasi dan ugutan.

“Beliau (Mohd Asri) percaya pesanan WhatsApp itu menunjukkan satu ugutan jenayah kerana maksud kafir harbi (kafir yang boleh diperangi) adalah menghalalkan darah,” katanya yang dipetik daripada Harian Metro.

Usaha Kesan Suspek Sedang Dijalankan

Ekoran daripada kejadian ini, Dr Maza telah membuat laporan di Balai Polis Kangar pada hari yang sama untuk tindakan lanjut.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 506 kanun Keseksaan iaitu kesalahan mendatangkan ugutan jenayah.

Jika sabit kesalahan, individu boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

“Polis kini telah mempergiat usaha untuk mengesan suspek yang menghantar ugutan jenayah itu kepada mufti,” katanya.

Baca Artikel Berkaitan: JHEAT Dedah Logo GISBH Ditemui Pada Badan Kuda

Baca Artikel Berkaitan: GISBH Nafi Terlibat Ajaran Sesat, Akan Beri Kerjasama Kepada Polis & Jakim

Baca Artikel Berkaitan: GISBH Ada Kaitan Dengan Kumpulan Arqam? Ini Sejarah Penubuhannya

Baca Artikel Berkaitan: “Memang Liwat Itu Ada, Tapi Satu Dua Kes, Kenapa Dirangkumkan Semua? – Pemimpin GISBH [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.