fbpx
Now Reading
Telegram Akan Dedah Nombor Telefon Pengguna & Alamat IP Jika Diminta Pihak Berkuasa

Telegram Akan Dedah Nombor Telefon Pengguna & Alamat IP Jika Diminta Pihak Berkuasa

Menerusi kemaskini terbaharu polisi privasi Telegram, aplikasi itu akan berbuat demikian sekiranya menerima perintah yang sah daripada pihak berkuasa berkaitan kes jenayah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui, di zaman ini pelbagai jenayah telah dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dengan hanya menggunakan aplikasi media sosial sahaja.

Ia susah untuk ditumpaskan oleh pihak berkuasa memandangkan kebanyakan identiti pelaku adalah palsu atau sukar dikesan kerana dilindungi polisi privasi sesuatu aplikasi.

Antara jenayah dalam talian yang paling banyak dikesan di media sosial semestinya penipuan kewangan (scam) dan kandungan bahan lucah atau pornografi.

Telegram akan dedah IP dan nombor telefon pengguna jika diminta pihak berkuasa

Terbaharu, aplikasi mesej popular, Telegram akan bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk menangani jenayah-jenayah yang berlaku di platform itu.

Memetik Harian Metro, pihak Telegram akan mendedahkan Protokol Internet (IP) penggunanya termasuk nombor telefon jika diminta oleh pihak berkuasa.

Menerusi kemaskini terbaharu polisi privasi Telegram, aplikasi itu akan berbuat demikian sekiranya menerima perintah yang sah daripada pihak berkuasa berkaitan kes jenayah.

Butiran-butiran maklumat pengguna akan didedahkan seperti apa yang diminta pihak berkuasa termasuk mendedahkan alamat IP dan nombor telefon.

Tidak dapat dipastikan polisi baharu ini digunakan di semua negara atau tidak

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan bahawa semua polisi baharu itu akan digunakan di seluruh dunia atau bergantung kepada negara tertentu sahaja.

Kemaskini terbaharu berkenaan dimuat naik menerusi laman web rasmi aplikasi berkenaan, namun tiada kenyataan rasmi daripada Telegram.

Terdahulu, pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Telegram, Pavel Durov berkata bahawa platform itu sudah membawa turun banyak ‘kandungan bermasalah’.

Pengasas Telegram ditahan di Perancis berhubung kes pornografi kanak-kanak

Perkara itu dilakukan selepas beberapa minggu penahannya di Perancis atas tuduhan gagal bertindak terhadap penjenayah menggunakan aplikasi itu.

Durov juga ditahan bagi siasatan terhadap jenayah pornografi kanak-kanak, pengedaran dadah dan transaksi penipuan di platform Telegram.

Durov ditahan pada 24 Ogos lalu di Lapangan Terbang Le Bourget, Perancis.

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.