fbpx
Now Reading
Tiada Tanah Mendap Di Jalan Sultan Ismail, Hanya Kerja Baik Pulih Paip Pecah- DBKL

Tiada Tanah Mendap Di Jalan Sultan Ismail, Hanya Kerja Baik Pulih Paip Pecah- DBKL

Kerja pembaikan paip pecah di Jalan Sultan Ismail itu telah dilakukan pihak Air Selangor pada semalam (23 September).

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini, tular di media sosial satu video memaparkan keadaan sebatang jalan di Jalan Sultan Ismail berdekatan Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur yang mengalami kerosakan.

Malah turut kelihatan di permukaan jalan tersebut basah dan beberapa kawasan dilihat seperti alami keretakan.

Penularan video tersebut telah mengundang kebimbangan orang ramai yang takut sekiranya ia adalah kejadian tanah mendap seperti yang berlaku di Jalan Masjid India pada Ogos lalu.

Terdapat kebocoran paip bukan tanah mendap

Terbaharu Datuk Bandaraya, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif menyangkal dakwaan berlakunya tanah mendap sebaliknya terdapat kebocoran akibat paip pecah di jalan berkenaan.

Pihak Air Selangor juga sedang menjalankan kerja pembaikan paip di kawasan itu.

“Menurut laporan Air Selangor, terdapat kebocoran paip air dan kerja pembaikan sedang dilakukan. Ia bukan tanah mendap,” ujarnya, dipetik NST.

Dalam pada itu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi satu hantaran di Facebook turut memaklumkan perkara sama.

“Bagi kerja-kerja baikpulih jalan yang tidak rata akibat tekanan daripada air, ianya akan bermula pada jam 8 malam ini (23 September) dan dijangka siap sepenuhnya pada jam 5 pagi keesokan harinya (24 September),” katanya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.