Baru-baru ini, tular di laman X apabila seorang influencer mendakwa terdapatnya aktiviti penjualan gula-gula khayal di TikTok.
Gula-gula itu turut didakwa sebagai dadah namun mempunyai bentuk seperti gula-gula batang atau dipanggil lollipop.
Gula-gula khayal tersebut dipercayai datang dari negara seberang iaitu Thailand.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki Dakwa Ada Individu Selamba Jual Dadah Berbentuk Lolipop Di TikTok [Video]
MCMC buat laporan polis berhubung penjualan gula-gula khayal di TikTok
Perkara itu secara tidak langsung telah menarik perhatian ramai termasuklah pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) yang tampil membuat laporan polis berhubung penjualan yang dibuat di TikTok.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil laporan tersebut dibuat pada hari ini (25 September) selepas ia didedahkan oleh orang ramai di X.
Akaun TikTok jual gula-gula khayal sudah disekat
Ujarnya menerusi semakan yang dilakukan mendapati pihak aplikasi TikTok telah pun menurunkan konten berkenaan serta ia sudah tidak boleh diakses di Malaysia.
“Bagaimanapun berdasarkan produk terbabit, saya minta MCMC meluaskan siasatan dan carian untuk mengenal pasti pihak lain yang cuba menjual dadah seperti ini di platform bukan hanya TikTok, tetapi (di platform media sosial) lain.
“Satu laporan polis (sudah) dibuat dan kita serah (kes ini) kepada polis untuk menjalankan siasatan,” ujarnya lagi, dipetik Berita Harian.