Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam telah dilantik sebagai Menteri Darjah (Chancellor) bagi Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia.
Pejabat Perdana Menteri (PMO) menerusi satu kenyataan media hari ini (25 September) berkata, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim telah memperkenankan pelantikan Musa Hitam untuk tempoh tiga tahun.
Beliau akan menggalas tanggungjawab itu bermula 13 September 2024 hingga 12 September 2027.
“Pelantikan ini selari dengan keperluan yang dinyatakan di dalam Statut Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia bagi memastikan urusan menandatangani watikah-watikah kurniaan Darjah Yang Mulia Setia Mahkota di bawah Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan berjalan lancar.”
Menteri Darjah bukan bersatus menteri
Sebagai info jawatan Menteri Darjah ini bukanlah berstatus menteri, sebaliknya berperanan menandatangan watikah yang dikeluarkan sebagai pengesahan sesuatu darjah kebesaran, pingat atau pun bintang.
Selain Menteri Darjah, pihak yang perlu menandatangani watikah adalah Pendaftar Darjah sebelum watikah itu ditandatangani oleh YDPA.