Tular Pek Minyak Masak Jenama Nice Day Ditanda ‘Non Halal’, JAKIM Jelaskan Hanya Salah Faham
Menurut JAKIM, produk pek minyak masak Nice Day keluaran syarikat Sin Hock Soon Edible Oil Sdn. Bhd. itu telah mempunyai SPHM yang sah berkuat kuasa 16 Mac 2024.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai rakyat dari pelbagai bangsa dan agama, namun majoriti penduduk di negara ini adalah beragam Islam.
Maka tidak hairanlah jika isu halal dan haram sesuatu jenama atau restoran amat dititik beratkan di negara ini.
Jika ada produk yang digunapakai oleh orang Islam namun disyaki tidak halal pasti akan menjadi isu hangat dibahaskan di media sosial.
Tular pek minyak masak jenama Nice Day ditanda ‘Non Halal’
Seperti awal tahun ini, tular mengenai satu gambar pek bungkusan minyak masak jenama Nice Day yang ditandakan dengan perkataan ‘non halal’.
Perkara itu mula mendapat perhatian ramai orang sehingga ada pihak yang meminta untuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memberi penjelasan berhubung isu terbabit.
Laman Kementerian Komunikasi kemudiannya tampil menafikan dakwaan tersebut.
Menurut kementerian tersebut, semakan MyCheck mendapati minyak masak itu adalah halal. Ketiadaan logo halal pada peket hanya sementara disebabkan Sijil Pengesahan Halal Malaysia syarikat itu telah tamat tempoh.
Isu tersebut bagaimana tidak reda apabila masih banyak WhatsApp dan mesej berantai yang mendakwa minyak berkenaan tidak halal.
Dato Jo baru nak pulihkan kelapa sawit dah disuruh boikot.
— Abang aji🪵 (@apanakdikato) March 14, 2024
Sejak bila plak minyak sawit ni non halal?
Prinsip walaun senang je.
"Selagi bukan puak aku yg memerintah, selagi itu lah aku akan pertikai semua benda"😅 pic.twitter.com/H82K6SJA18
Susulan itu, JAKIM hari ini (25 September) telah tampil memberi penjelasan tentang isu berkenaan menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook rasminya.
Pek minyak masak ditanda ‘non halal’ disebabkan salah faham
Dalam kenyataan itu, JAKIM berkata perkara tersebut terjadi disebabkan salah faham antara pihak pengeluar dengan premis yang menjual pek minyak berkenaan.
Menurutnya, Seksyen Penguatkuasaan Bahagian Pengurusan Halal Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah melakukan pemeriksaan di syarikat berkenaan di Balakong, Selangor sebelum ini.
“Hasil pemeriksaan yang dijalankan mendapati bahawa tiada tulisan ‘non halal’ ditemui pada pek pembungkusan minyak masak tersebut.
“Situasi tersebut berkemungkinan berlaku akibat salah faham antara pihak pengeluar dengan premis yang menjual produk ketika produk tersebut tiada Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang sah,” kata kenyataan itu.
Pek minyak masak jenama Nice Day mempunyai SPHM yang sah
Menurutnya lagi, produk pek minyak masak Nice Day keluaran syarikat Sin Hock Soon Edible Oil Sdn. Bhd. itu telah mempunyai SPHM yang sah berkuat kuasa 16 Mac 2024.
Jelasnya JAKIM, SPHM bagi pek minyak masak jenama itu yang sebelum ini telah tamat tempoh pada Disember 2022.