Tular Video Pandu Secara Melulu & Bahaya, Polis Bukit Aman Beri Amaran Kepada Peserta Gumball 3000

Sejak minggu lalu, tular di media sosial beberapa video yang memaparkan kereta-kereta dari jenama mewah seperti Lamborghini, Ferrari, Porsche, Pagani dan Buggati dengan nombor pendaftaran asing yang dipandu di Malaysia.

Kenderaan-kenderaan jenis supercar dan hypercar ini adalah daripada kalangan peserta rali Gumball 3000 yang bermula dari Ho Chi Minh (Saigon), Vietnam pada 14 September lalu menuju ke Singapura.

Foto: Gumball 3000

Pandu secara melulu dan bahaya, Bukit Aman beri amaran kepada peserta Gumball 3000

Pun begitu, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memberi amaran kepada semua pengguna jalan raya termasuk pemandu asing supaya mematuhi undang-undang trafik di negara ini atau mereka akan berdepan dengan tindakan.

Amaran ini diberikan susulan beberapa video yang tular di media sosial menunjukkan kenderaan-kenderaan supercar dan hypercar dengan nombor plat asing memandu secara berbahaya dan melanggar peraturan jalan raya.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan berkata, kereta-kereta terbabit disahkan adalah sebahagian daripada rali Gumball 3000.

“Berdasarkan video-video tersebut, kami telah mengenal pasti beberapa kesalahan, termasuk memandu secara melulu dan penyalahgunaan lorong kecemasan,” katanya semalam dipetik New Straits Times.

Tiada laporan rasmi diterima polis setakat ini

Menurutnya, setakat ini tiada laporan rasmi yang diterima, namun beliau menggesa sesiapa yang mempunyai maklumat untuk tampil ke hadapan.

“Pemandu, tanpa mengira kewarganegaraan, mesti mematuhi undang-undang trafik kita. Pesalah akan diambil tindakan,” katanya lagi.

Sekadar info rali Gumball 3000 yang meraikan ulang tahunnya yang ke-25 telah menampilkan lebih daripada 100 kereta mewah yang dipandu oleh selebriti dan pempengaruh media sosial.

Kebanyakan video yang berlegar di media sosial memaparkan peserta-peserta rali tersebut memandu secara laju, membuat aksi drift dan menggunakan lorong kecemasan.

Recent Posts

  • Gaya Hidup

Nak Bercuti Kat Airbnb Di Puncak Bukit Sambil Beraya Dengan DOLLA? Jom!

Airbnb & Dolla mengalu-alukan seorang tetamu bertuah bersama sembilan orang teman bagi menikmati hujung minggu…

18 hours ago
  • Trending

Rupanya Ini Cara Untuk Lintas Di Hadapan Orang Yang Sedang Solat [Video]

Jelas lelaki berkenaan, sutrah adalah apa-apa objek yang diletak di depan tempat sujud sebagai tanda…

19 hours ago
  • News
  • Trending

Polis Buru Pengguna Facebook Muat Naik Komen Unsur Menghina, Siap Ajak Bom Masjid Ketika Solat Jumaat

Dalam pada itu, Ketua Pengarah JAKIM menjelaskan pihaknya telah mengemukakan aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan…

19 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

Apa Hukum Wanita Bersolek Untuk Kecantikan? Ini Penjelasannya

Seorang wanita muslimah juga diingatkan bahawa berhias secara berlebihan dalam berhias adalah diharusnya hanya untuk…

20 hours ago
  • Trending

Bapa Gigih Buat Dua Jenis Kek Untuk Jamuan Sekolah Anak Buat Ramai Kagum [Video]

Lebih menarik, kek yang dihasilkan oleh si bapa sememangnya nampak kemas seolah-olah seperti dihasilkan oleh…

21 hours ago
  • News
  • Trending

“FB Saya Verified” – Cayson Goh Nafi Hina YDPA, Dakwa Ada Pihak Menyamar Guna ‘Fake Account’

Jelas Cayson Goh, akaun Facebook rasmi miliknya mempunyai tanda semak biru (verified) sebagai bukti yang…

22 hours ago