fbpx
Now Reading
Kalau Isu GISBH Nak Kena Kompromi, Tiada Makna Saya Jadi Perdana Menteri – Anwar Ibrahim

Kalau Isu GISBH Nak Kena Kompromi, Tiada Makna Saya Jadi Perdana Menteri – Anwar Ibrahim

Dalam pada itu, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menjelaskan Jemaah Menteri menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis berhubung isu GISBH memandangkan isu berkenaan sedang dalam siasatan pihak berkenaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kontroversi yang melibatkan organisasi dan syarikat GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) masih hangat lagi diperkatakan hingga kini.

Boleh dikatakan, hampir setiap minggu, ada sahaja pendedahan yang dibuat oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenai aktiviti salah laku yang dibuat oleh GISBH atau lebih popular dengan panggilan Global Ikhwan.

PM Tidak Akan Kompromi Isu GISBH

Terbaharu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan dia tidak akan berkompromi mengenai isu yang sedang hangat diperkatakan ini.

Jelas beliau, sekiranya tindakan tidak diambil ke atas isu tersebut, beliau menganggap dirinya gagal sebagai seorang pemimpin.

“Setakat ini Alhamdulillah, tuhan beri saya kesihatan yang baik, tetapi saya nekad dan tidak akan mengalah, kalau itu (isu GISBH) nak kena kompromi, tiada makna saya jadi Perdana Menteri,” katanya.

Tindakan Diambil Tanpa Kira Agama

Tambah Anwar, individu yang melakukan kesalahan akan dikenakan tindakan tanpa mengira kedudukannya termasuklah jika dia sering bercakap mengenai Islam.

“Mentaliti kita, soal akhlak dan nilai itu jadi kebelakang. Walaupun (dia seorang) pensyarah dan cakap mengenai Islam (sampai) berbuih mulut, tapi kita tetap akan ambil tindakan (sekiranya dia terbabit) rasuah (atau) Global Ikhwan (GISBH). Itu akan ditentang,” katanya.

Jemaah Menteri Serah Pihak Polis Jalankan Siasatan

Dalam pada itu, menurut Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, Jemaah Menteri menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis berhubung isu GISBH memandangkan isu berkenaan sedang dalam siasatan pihak berkenaan.

Fahmi yang juga merupakan Jurucakap Kerajaan Perpaduan turut mengesahkan perkembangan isu berkenaan ada dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri semalam (25 September).

Walau bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut mengenai perkembangan kes tersebut memandangkan isu berkenaan masih dalam siasatan dan tindakan pihak mahkamah.

“Saya tidak akan sentuh lanjut tapi Jemaah Menteri akan menerima maklumat terkini dari semasa ke semasa.

“Cuma memandangkan ada beberapa perkara masih dalam siasatan dan tindakan termasuk di mahkamah,” katanya 

Ketika ditanya mengapa baru tindakan baru diambil terhadap GISBH sedangkan mereka telah diawasi sejak 2011, jelas Fahmi, entiti dan pertubuhan tersebut telah berubah beberapa kali sepanjang tempoh berkenaan.

Akui Media Sosial Main Peranan Penting

Pada masa yang sama, Fahmi turut mengakui media sosial memainkan peranan penting dalam pembongkaran kegiatan GISBH baru-baru ini hingga organisasi tersebut disiasat pihak berkuasa.

Ini kerana sebaik pendedahan dibuat, ia terus menjadi perhatian orang ramai termasuk kerajaan dan pihak berkuasa.

“Jadi, tidak boleh dinafikan media sosial memainkan pe­ranan dalam usaha membanteras kegiatan dibawa pertubuhan itu,” ujarnya.

Baca Artikel Berkaitan: Isu GISBH: Sultan Selangor Titah Percepat Proses Tindakan Lanjut

Baca Artikel Berkaitan: Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis Isytihar Ajaran GISBH Sebagai Sesat

Baca Artikel Berkaitan: GISBH Nafi Terlibat Ajaran Sesat, Akan Beri Kerjasama Kepada Polis & Jakim

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.