Pemilik Bengkel Dilibas Pisau Gara-gara Ungkit Hutang Lama RM100
Menurut KPD Bandar Baharu, mangsa yang cedera pada jari dan tangan kanan itu dilaporkan dalam keadaan stabil dan dirawat di Hospital Taiping.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Semua orang pasti mengetahui bahawa hutang perlulah dilunaskan tidak kisah dari siapa atau dari pihak mana yang memberinya.
Namun, masih ada segelintir individu tidak bertanggungjawab yang sengaja melupakan hutang-hutangnya dan mengutamakan kehendak diri.
Jika si pemberi pinjaman itu tidak menghalalkan hutang terbabit, sudah pasti dia akan terus menagih haknya.
Pemilik bengkel cedera kena libas pisau selepas ungkit hutang lama
Bagaimanapun, lain pula yang dilalui seorang lelaki yang juga pemilik bengkel di utara negara ini apabila dia mengalami kecederaan selepas mengungkit hutang lama sebanyak RM100.
Difahamkan, pemilik bengkel yang terletak di Kampung Permatang Kerat Telunjuk, Bandar Baharu itu mengalami kecederaan di leher selepas dilibas pisau oleh seorang pelanggan yang merupakan si penghutang
Dalam kejadian pukul 7 malam itu, mangsa berusia 44 tahun itu dibawa ke Hospital Taiping untuk mendapatkan rawatan manakala suspek lelaki berusia 19 tahun yang bekerja sebagai buruh berjaya ditahan orang awam di lokasi kejadian sebelum diserahkan kepada polis.
Mangsa yang cedera dirawat di Hospital Taiping, kini dalam keadaan stabil
Ketua Polis Daerah Bandar Baharu, Deputi Superintendan Azmi Mokhtar berkata, pemilik bengkel yang cedera pada jari dan tangan kanan itu dilaporkan dalam keadaan stabil dan dirawat di Hospital Taiping.
“Suspek ada berhutang sebanyak RM100 dengan mangsa dan pada hari kejadian suspek menghantar sebuah motosikal untuk dibaiki di bengkel mangsa.
“Namun, mangsa dikatakan mengungkit hutang lama yang masih belum dibayar sebelum berlaku pertengkaran sebelum berlarutan kepada pergaduhan,” katanya dipetik Kosmo.
Jelasnya, suspek kemudian mengambil sebilah pisau di bengkal tersebut lalu menghayunkan ke arah mangsa dan terkena pada leher.
BANDAR BAHARU – Seorang pemilik bengkel motosikal cedera pada leher akibat dilibas pisau oleh seorang pelanggannya gara-gara mengungkit hutang lama sebanyak RM100 dalam kejadian di Kampung Permatang Kerat Telunjuk, di sini semalam. pic.twitter.com/NnwLDoqZVs
— #UpdateInfo🇲🇾🌍 (@update11111) September 25, 2024