fbpx
Now Reading
Kes Amang Seksual: PU Azman Dipenjara 24 Tahun & 2 Sebatan

Kes Amang Seksual: PU Azman Dipenjara 24 Tahun & 2 Sebatan

Menurut Hakim, Noridah Adam keputusan hukuman terhadap PU Azman atau nama penuhnya Azman Syah Alias dilakukan selepas meneliti keterangan semua saksi pendakwaan dan pembelaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Hari ini (27 September) Mahkamah Sesyen Klang menjatuhkan hukuman penjara 24 tahun dan dua sebatan terhadap pendakwah selebriti, PU Azman atas dua pertuduhan.

Dua pertuduhan tersebut adalah melakukan amang seksual fizikal kepada seorang remaja lelaki yang berusia 17 tahun (sewaktu kejadian) pada dua tahun yang lalu.

Keputusan dibuat Hakim selepas meneliti keterangan semua saksi pendakwaan & pembelaan

Keputusan itu diputuskan oleh Hakim, Noridah Adam sebaik mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Sewaktu keputusan dibacakan, hakim memaklumkan keputusan itu selepas meneliti keterangan semua saksi pendakwaan dan pembelaan.

Bersalah dengan kedua-dua pertuduhan, hukuman dijalankan berasingan

Ujarnya beliau, mahkamah turut mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kesnya terhadap pendakwah selebriti terbabit atau nama penuhnya Azman Syah Alias.

“Tertuduh bersalah dan disabitkan dengan kedua-dua pertuduhan berkenaan.

“Susulan itu, bagi pertuduhan pertama, tertuduh dihukum penjara 12 tahun dan satu sebatan bermula jatuh hukum sementara pertuduhan kedua 12 tahun penjara dan satu sebatan selepas selesai menjalani hukuman pertama,” jelasnya, lapor Sinar Harian.

PU Azman diperintah jalani kaunseling

Memetik laporan Harian Metro, mahkamah juga memerintahkan Azman untuk menjalani sesi kaunseling sepanjang pemenjaraan serta pengawasan polis untuk tempoh dua tahun apabila selesai menjalani hukuman.

Terdahulu pada 26 Disember tahun lalu, PU Azman telah diperintahkan untuk membuat pembelaan diri selepas mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap kes berkenaan.

Mengikut dua pertuduhan itu, Azman telah didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap remaja terbabit di sebuah inap desa di Kampung Sungai Udang jam 12.15 tengah malam dan 1 pagi pada 20 Februari dan 29 jun 2022.

Azaman didakwa di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 sekiranya sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.