fbpx
Now Reading
MOTAC Akan Atur Mesyuarat Khas, Bincang Isu Check In & Check Out Hotel

MOTAC Akan Atur Mesyuarat Khas, Bincang Isu Check In & Check Out Hotel

Menurut Tiong King Sing, tujuan mesyuarat khas berkenaan adalah bagi membincangkan isu daftar masuk hotel secara menyeluruh dan mencari penyelesaian yang adil dan tidak membebankan pengguna.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Isu waktu daftar masuk (check in) dan keluar (check out) hotel masih hangat lagi diperkatakan hingga kini.

Walaupun Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) serta Persatuan Hotel Bajet dan Perniagaan Malaysia (MyBHA) telah mengeluarkan kenyataan berhubung isu terbabit, ia masih lagi dilihat tidak dapat memuaskan hati kebanyakan pihak.

Ini kerana majoriti orang ramai mahu MOTAC khususnya melakukan sesuatu dan mengambil tindakan antaranya seperti berbincang dengan pihak hotel mengenai penetapan waktu check in dan check out tersebut.

Baca Artikel Berkaitan: MOTAC Jalankan Pemantauan Berhubung Isu Check In & Check Out Hotel

MOTAC Akan Adakan Mesyuarat Khas, Bincang Isu Secara Menyeluruh

Terbaharu, MOTAC memaklumkan akan mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan isu waktu daftar masuk dan keluar hotel seperti yang sedang hangat diperkatakan pada masa ini.

Menurut Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing, isu ini menarik perhatian ramai dan pihak berkepentingan.

Jelas Tiong, tujuan mesyuarat khas tersebut adalah bagi membincangkan isu tersebut secara menyeluruh dan mencari penyelesaian yang adil dan tidak membebankan pengguna.

“Keutamaan saya adalah memastikan amalan dan polisi hotel selari dengan kepentingan pengguna, sambil menjamin kelangsungan industri perhotelan yang berdaya saing dan mampan,” katanya.

Beri Jaminan Tangani Isu Dengan Kadar Segera

Tiong yang kini sedang menghadiri persidangan United Nations World Tourism Organization (UNWTO) menjelaskan akan memberi komitmen untuk menghadiri mesyuarat tersebut sebaik sahaja pulang ke Malaysia.

Malah, dia turut memberi jaminan bahawa MOTAC akan mengambil tindakan segera dan berkesan dalam menangani isu berkenaan.

“Pandangan serta cadangan daripada semua pihak berkepentingan akan dipertimbangkan bagi memastikan industri perhotelan di Malaysia kekal kompetitif dan mesra pelanggan,” jelasnya.

Terdahulu, MOTAC memaklumkan sedang menjalankan pemantauan berhubung isu terbabit dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai isu tersebut boleh menyalurkannya melalui e-mel info@motac.gov.my.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas rata-rata pengguna media sosial membangkitkan isu daftar masuk keluar hotel atau rumah inap yang dilihat tidak adil kepada pengguna sebaliknya hanya menyebelahi pihak hotel.

Baca Artikel Berkaitan: Pemilik Hotel Atau Inap Desa Bebas Tetapkan Waktu ‘Check In’ – Presiden Persatuan Hotel Bajet

Baca Artikel Berkaitan: “Check-In 4 PM, Check-Out Pukul 11 AM”- Ramai Tak Puas Hati Waktu Daftar Masuk & Keluar Segelintir Hotel

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.